Kejam, sungguh tak berperikemanusiaan! Seorang remaja dari Carlisle, Ohio, membunuh bayinya sendiri dengan membakarnya hidup-hidup sebelum ditanam di belakang rumahnya.
Memetik The Sun, Brooke Skylar Richardson, 18, ditahan pada bulan lalu selepas polis membuat penemuan mengejutkan itu pada 14 Julai lalu. Namun, Brooke tidak mengaku bersalah atas tuduhan membunuh terbabit. Gadis itu tidak menunjukkan sebarang riaksi apabila membuan pengakuan berkenaan di mahkamah Warren County, Ohio, pada Isnin lalu.
Brooke turut berdepan tuduhan membahayakan kanak-kanak, memusnahkan bukti serta merosakkan mayat. Hakim membenarkan Brooke dijamin dengan ASD50,000 (RM210,000) walaupun pendakwa sebelum itu meminta wang jaminan sebanyak ASD1 juta (RM4.2 juta). Peguam Brooke, Charles M. Rittgers menegaskan anak guamnya tidak membunuh bayinya. "Kami masih menunggu bukti yang lebih kukuh daripada pendakwa raya untuk menyokong dakwaan itu," katanya. Tambahnya, proses itu boleh mengambil masa beberapa minggu. Pendakwa Warren County, David Fornshell mendakwa melahirkan bayinya ketika usia kandungannya memasuki 38 hingga 40 minggu dan sengaja menyebabkan kematian mangsa dengan membakarnya sebelum ditanam. Punca sebenar kematian tidak dapat dikenal pasti dan ia mungkin mustahil dilakukan kerana keadaan mayat yang terbakar dan sudah reput. Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraannya pada 6 November hadapan. - CARI
|
14
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
1
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 17-8-2017 12:25 PM
ni mesti melayu nyamar kokesen..
ummah kokesen mana ada perangai jahat gitu..
ADVERTISEMENT