Tak pasal-pasal remaja perempuan dibelasah penduduk Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor, selepas didakwa cuba menyamun seorang warga emas.
Rakaman kejadian itu disebarkan di Internet dan menular sejak semalam (Rabu). Video berdurasi 26 saat itu memaparkan remaja terbabit dibelasah penduduk kampung yang berang dengan kelakuan mencurigakannya mengintip rumah warga emas terbabit. Loading FB Post...
Memetik Astro Awani, suspek diserahkan kepada pihak polis dan perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam. Menurutnya, seorang lelaki berusia 21 tahun turut ditahan selepas didapati menyamun barang kemas milik warga emas berusia 70 tahun. Siasatan mendapati, suspek dihantar lelaki terbabit ke kawasan rumah berkenaan pada lewat malam dan menunggu sehingga rumah itu 'kosong' untuk menyamun. Astro Awani melaporkan, dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek memukul mangsa yang berada di dalam bilik, sekali gus mencetuskan pergelutan sebelum suspek melarikan diri. Suspek yang bersembunyi di bawah katil di dalam bilik di rumah berkenaan berjaya ditemui anak dan jiran mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - CARI
|
27
Bagus |
34
Marah |
17
Terkejut |
31
Sedih |
18
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
paz replied at 17-8-2017 11:13 AM
Mungkin otak aku jem hari ni, baca banyak kali ni. Tak paham.
baghal_bortuqal replied at 17-8-2017 11:19 AM
betine bodoh tu di hantar boifren dia utk usha rumah tu tgh malam.
bila line clear kasitau boif ...
leylapple: 5 tahun kemudian, pompuan nie akan viralkan diri dia sendiri bersama anak2 berderet2 mintak bantuan...laki pulak tak keja, suspected penagih dadah...
zaziot replied at 17-8-2017 11:40 AM
bile tekanan hidup semakin mendesak utk teruskan hidup
balakkampung replied at 17-8-2017 11:40 AM
dah ko nak rompak..ko cepuk sekali warga emas tu...berganda dosa ko dik..tapi bodoh jugak ko...pegi ...
ADVERTISEMENT