Memandang serius rungutan penduduk yang beragama Islam di Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, pihak pengurusan syarikat ECK Sdn Bhd yang mengendalikan hiasan lanskap bertindak mengalihkan dua patung ukiran berbentuk wanita bersayap yang dijadikan hiasan lanskap di taman tersebut. Memetik laporan Harian Metro, pengurus syarikat tersebut, Rohana Sharif berkata, syarikatnya amat prihatin dengan perasaan resah penduduk, lalu bertindak membuang patung yang mungkin menyentuh sensitiviti agama selepas menerima arahan daripada Pejabat Daerah bersama Majlis Perbandaran Kulim (MPK). Terdapat lebih 30 patung dan ukiran pelbagai saiz, termasuk Optimus Prime, watak dalam Transformer, Spiderman dan Snow White ditempatkan di taman tersebut sebagai tarikan pengunjung.
Difahamkan, terdapat lima tema lanskap untuk tatapan pengunjung iaitu Holland, Disneyland, Bali, Kaktus dan Jepun dengan patung wanita itu diletak di kawasan bertemakan Bali. Sehubungan itu, kawasan bertemakan Bali itu akan ditutup sementara kepada pelancong untuk kerja pengalihan secara berperingkat.- CARI
|
23
Bagus |
20
Marah |
27
Terkejut |
32
Sedih |
39
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT