Wah untunglah bila Datuk Vida mengakui sudah pun dirisik oleh seorang jejaka Eropah untuk menjadi suaminya. Memetik Mstar Online, Vida mendedahkan jejakan berusia awal 30-an itu sanggup datang jauh semata-mata untuk berjumpa dengannya di Ipoh, Perak.
Malah, lelaki yang dikatakan mirip David Beckam itu sudah pun dikenalkan kepada keluarganya. Wow, advance gitu! "Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah. "Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya," katanya. Bukan itu sahaja, Vida berkata lelaki tersebut mempunyai semua kriteria sebagai suami idamannya. Pendek kata memang dia punya taste! "Dia ada segalanya... kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia ada iras-iras David Beckham," ujarnya lagi. Pun begitu, pengasas kosmetik ini tak mahu terburu-buru dan masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. - CARI |
27
Bagus |
8
Marah |
16
Terkejut |
9
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT