Kecewa. Ribuan penggemar durian terpaksa pulang dengan perasaan hampa apabila dimaklumkan penganjur program 'Kendurian Makan Sampai Pengsan' di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, durian yang dibawa belum masak sepenuhnya.
Memetik Berita Harian, daripada 15 tan durian yang disediakan, hanya 100 pengunjung sahaja berpeluang menikmati durian masak sepenuhnya walaupun ramai sudah menunggu seawal jam 9.30 pagi. Berasa seperti ditipu, keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengunjung terhadap penganjur. Ramai 'hantu durian' bersemangat mengunjungi program berkenaan dengan harapan untuk menikmati raja buah berkenaan sehingga pengsan. Malah, ada yang datang lengkap dengan air botol dan pisau untuk acara tersebut.
Pengurus bangunan dari Seksyen 11, Shah Alam, Armi Farid, 41, dan keluarganya teruja menyertai festival itu hampa apabila dimaklumkan acara makan durian hari ini dibatalkan kerana pembekal menghantar durian belum masak. "Penganjur mendakwa mereka ditipu oleh pembekal membabitkan kerugian hingga RM200,000," katanya. Lebih kasihan, Grace Yong, 46, yang datang dari Sibu, Sarawak, bersama adik dan rakannya turut kecewa dengan keadaan itu. "Saya mahu menyaksikan bagaimana festival makan durian diadakan kerana acara begini tiada di Sarawak. Kami beli tiket penerbangan untuk bercuti di sini supaya dapat menyertai acara ini," ujarnya kecewa selepas dimaklumkan penganjur ada masalah dengan bekalan durian. BH melaporkan, pihak penganjur meminta maaf kepada pengunjung dan menjelaskan durian yang diterima tidak seperti yang ditempah daripada pembekal. Pengurus acara, Firdaus Abdullah berkata, mereka terpaksa menghentikan festival itu berikutan keadaan durian yang tak masak sepenuhnya. "Jika diteruskan, ia seperti menipu pelanggan dan boleh menimbulkan masalah lebih besar. Kami memohon maaf," jelasnya. Tambahnya,daripada kira-kira 15 tan durian yang diterima pagi tadi, kira-kira 200 kilogram sahaja boleh dimakan. Festival itu menawarkan peluang kepada pengunjung menikmati sebanyak mungkin durian pada harga RM19 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. - CARI
|
18
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
2
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
putehkundor: Alahai akak tu sanggup berpanas bawak baby baru berapa bulan, asal boleh melantak durian...last last kempunan
lasagnaklcc replied at 5-8-2017 09:27 PM
Yg selalu buffet durian tepi jln tu durian siam jgk ke?
ADVERTISEMENT