Sejajar strategik pemasaran filem seram "Annabelle: Creation", sebelum ini patung seram Annabelle kelihatan muncul di stesen MRT.
Malahan, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) iaitu Rapid KL turut secara gurauan mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook rasminya dengan menyeru agar pengguna tren MRT lebih berhemah ketika menggunakan perkhidmatan awam tersebut. Kalau tidak patung seram 'Annabelle' akan menghantui anda, tindakan itu sekaligus menimbulkan perbincangan hangat di kalangan netizen. Tidak disangkakan, selepas dua hari berlalu, muncul pula pocong di stesen MRT yang menjadi tular di laman Facebook sejak semalam. Berdasarkan tular di internet, visual tersebut dikatakan diambil dari rakaman kamera litar tertutup CCTV yang terletak di stesen MRT Cheras. Paparan visual menunjukkan satu lembaga yang berjubah putih bergaya seperti pocong kelihatan muncul di bahagian belakang sebatang tiang platform penantian stesen MRT tersebut. Seolah-olah ianya juga sedang menunggu ketibaan tren. Akan tetapi pocong tersebut kemudian hilang dalam sekelip mata sahaja. Difahamkan, visual tersebut pada asalnya tular di aplikasi mesej segera Whatsapp, tetapi tidak menyebut dengan jelas lokasi kejadian, tarikh dan waktu. Bagaimanapun, netizen yang dapat mengecam menerusi corak lantai berkata lokasi kejadian bukan di stesen MRT, sebaliknya adalah di stesen LRT. Ada pula pengguna maya yang memberi komen gurauan : "Penat juga pocong itu yang bergerak secara melompat, jadi wajarlah menggunakan perkhidmatan awam." - CARI |
21
Bagus |
23
Marah |
22
Terkejut |
37
Sedih |
28
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
trakea replied at 2-8-2017 12:21 PM
Macam cacat je hantu bungkus tu aku tengok. Kesian
myakayina replied at 2-8-2017 12:35 PM
kdg cctv ni mmg boleh capture imej secara tak sengaja.. pocong ni tersesat kot..tak pun nak naik mrt ...
insulin replied at 2-8-2017 12:12 PM
Pocong pun nak naik MRT juga. Of course, selepas waktu stesen ditutup.
Sufimaisarah replied at 2-8-2017 02:49 PM
Orang macam gula gula .seram bunyinya.
ADVERTISEMENT