KHAIRUL IHSAN ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU , 21 Ogos - Seorang pemuda yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri barang kemas milik ibunya terpaksa bermalam di lokap selepas ibu bapanya tidak hadir untuk menjamin anak mereka. Terdahulu, Khairul Ihsan Mohamed Razman, 34, yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut disyaratkan oleh Majistret Nik Habri Muhamad supaya dijamin oleh salah seorang penjaga sama ada ibu atau bapanya sahaja. Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak kelihatan di mahkamah semalam. Khairul Ihsan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa mencuri sebuah beg biru gelap mengandungi pelbagai barangan kemas bernilai RM45,000 di rumahnya di Kampung Wakaf Stan pada pukul 1.30 petang, 8 Ogos lalu.
|
8
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
haryatie posted on 21-8-2013 12:09 PM
byk emas mak dia..mesti kaya..
mesti mak ayah dia da malas nak layan perangai dia, tu psal x mau ja ...
prettyuglybabe posted on 21-8-2013 10:34 AM
dah curi dia wat apa barang kemas tu?
ADVERTISEMENT