Setiap kali hamil, sudah menjadi satu kemestian buat para ibu bapa untuk mengetahui jantina bayi sebelum proses kelahiran. Sebenarnya, terdapat banyak mitos dalam setiap masyarakat mengenai bagaimana untuk mengetahui samada bayi dalam kandungan si ibu adalah lelaki atau perempuan. Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah dikumpulkan daripada serata dunia. Kadar degupan jantung Bayi lelaki - kurang daripada 140 degupan seminit Bayi perempuan - lebih cepat daripada 140 degupan seminit Bentuk perut Bayi lelaki - memboyot ke hadapan dan kelihatan 'tajam', perut lebih 'rendah'
Bayi perempuan - perut kelihatan lebih 'bulat', lebih 'tinggi' Wajah Bayi lelaki - sangat berseri-seri ketika hamil. Bayi perempuan - tidak berseri-seri (konon bayi perempuan telah mengambil seri ibu) Alahan Bayi lelaki - tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertamakehamilan. Bayi perempuan - mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertamakehamilan. Payudara Bayi lelaki - kanan lebih besar Bayi perempuan - kiri lebih besar Mengidam Bayi lelaki - mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging Bayi perempuan - mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. Suhu badan Bayi lelaki - Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil. Bayi perempuan - Suhu badan lebih panas Cincin perkahwinan Bayi lelaki - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. Bayi perempuan - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri. Tekstur kulit Bayi lelaki - Kulit menjadi kering Bayi perempuan - Kulit menjadi lebih lembut Rambut Bayi lelaki - menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil Bayi perempuan - menjadi lebih nipis dan kering. Posisi tidur Bayi lelaki -lebih kerap menghadap utara, ke kiri Bayi perempuan - lebih kerap mengjadap ke selatan, ke kanan Tanda-tanda lain Bayi lelaki - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”. Bayi perempuan - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama” Ini hanya sebagai penduan awal bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tanda-tanda bayi anda adalah lelaki ataupun perempuan. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul! Jika ingin mengetahui lebih tepat tentang jantina bayi yang masih dalam kandungan si ibu, anda disyorkan melakukan ultrasound scan di klinik atau hospital berdekatan. - CARI |
5
Bagus |
9
Marah |
18
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 3-8-2017 03:55 PM
sajat dulu lahir tanda2 lelaki tp dah dewasa tanda2 shemale tetap ada
ADVERTISEMENT