CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Selepas Siti Kasim Tak Balas Cintanya, Rani Kulup Nak Pikat Datuk Vida Pula

3-8-2017 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8829| Komen: 26|Original author: Oleh : Hafiz BZ




Siapa yang tidak kenal dengan Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Ayahanda. Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) ini juga diberi jolokan Raja Report Malaysia dan terkenal dengan moto "kipidap".

Baru-baru ini, kecoh di media sosial memperkatakan tentang hasrat Rani Kulup yang ingin memperisterikan Siti Zabedah Kasim iaitu aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).
Kredit foto -Blog Mazeer


Namun, harapan Rani Kulup untuk menjadikan Siti Kasim sebagai penyeri hidupnya tidak berbalas. Tidak mahu terus berharap, Rani Kulup terus "move on" dan kini dikhabarkan dia cuba pula memikat pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiz Othman.

Menurut temubual bersama Sinar Online, Rani Kulup yakin dan bersedia menjadi suami yang baik sekiranya diberi peluang. Rani juga memberitahu, isteri-isterinya yang lain juga tidak kisah dengan hasratnya itu.

"Ayah boleh menjadi suami yang baik,Isteri-isteri Ayah 'steady'," katanya kepada Sinar Online.

“Siti Kasim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.

“Ayah kan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni...tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan,” katanya sambil tergelak.

Dalam pada itu, Abdul Rani juga menyatakan hasrat untuk berduet dengan Datuk Vida.

"Lagu terpulang kepada Datuk Vida," katanya.

Terdahulu, penyanyi lagu "I Am Me" yang menjadi trending beberapa minggu lalu mendakwa telah menerima lebih 50 resume luahan cinta yang dihantar ke emelnya.

Datuk Vida sebelumnya menyatakan ciri-ciri calon suami impiannya diharapkan mempunyai mata berwarna kelabu, ala-ala jejaka mat saleh dan juga seorang yang suka membeli belah.

Sama-sama kita doakan semoga impianDatuk Vida untuk bertemu jodoh seperti yang diinginkan, termakbul. - CARI


1

Bagus
3

Marah

Terkejut
5

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 3-8-2017 12:52 PM
Ya ampun
Quote salimrock 3-8-2017 12:57 PM
indeks komposit bursa malaysia naik 0.11% pada sesi pagi utk hari ini kepada 1,770.72 mata..

berikutan berita Rani Kulup ingin melamar Datuk Dri Vida,


sekiranya Datuk Seri Vidsa membalas cintanye ini meberikan impak positif kepada pasaran Saham Malaysia dan serantau -Bernana
Quote jazaa100 3-8-2017 01:14 PM
Dato Vida?....

Mana ada standard dia dgn Dato Vida....klu siti kassim memang bagai telur Masin dibelah 2
Quote CiliPadiSedap 3-8-2017 01:17 PM
silap2 dato vida yang kena jaga dongibab ni  bukan dongibab jaga dia
Quote Penglipurtales 3-8-2017 01:52 PM
Kalau dato vida terima, ari2 rani kulup pkai kontek lens warna kelabu
Quote qistiena 3-8-2017 02:19 PM
steadylah ayahanda...
Quote matchstick 3-8-2017 03:16 PM
dikahakkan aje oleh tok vida
Quote nadihazza 3-8-2017 03:39 PM
matchstick replied at 3-8-2017 03:16 PM
dikahakkan aje oleh tok vida

hahahahah..tu lah pasal..
Quote CrowneGlory 3-8-2017 04:21 PM
Rani sampah berpinar2 bijik mata tgk rumah tok vida...mesti dh verangan pindahkan semua bini2 dia ddk rumah tok vida...
Quote miemiecha 3-8-2017 04:48 PM
cayalah ayahanda...

hahahahahaha.. ni lau dato bida terima, mek siti kasim nges d bucu katil x? sebab rejek ayahanda
Quote VuJiE 3-8-2017 07:05 PM
ingat dato vida tu takda taste ka? haha
Quote leena1234 3-8-2017 09:51 PM
Errrrkkkk..
Quote leena1234 3-8-2017 09:51 PM
Errrrkkkk..
Quote merrissa 4-8-2017 12:06 AM
wakakakakkakaa......kipidappppp
Quote dakewa 4-8-2017 04:00 AM
Alaaaahaaaiii si dak ayah
Ketap bibir jah bini2 ko tgk prangai ko
Quote putribonda 4-8-2017 07:04 AM
oiii..sedar2 la diri sama.
rumah kata pergi..kubur kata mari punnnnnnnnnnn masih dgn duniawi.
btw,rani kulup ni apa kerja dia yg sebenar yg membawa pendapatan bagi menampung keluarga dia??
Quote MeMeimei 4-8-2017 09:32 AM
Quote MSAR 4-8-2017 09:46 AM
MMMMMMmm...bukan DV tu dh ada suami ke?

Quote idadzira 4-8-2017 09:56 AM
MSAR replied at 4-8-2017 09:46 AM
MMMMMMmm...bukan DV tu dh ada suami ke?

dah cerai .....tgh cari laki baru la tu ala- ala mat saleh mata kelabu.
rk tu kelabu asap.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.216336 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top