CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam Nafi Cium Mulut Amalan Kariah

21-8-2013 01:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9829| Komen: 92

PENDANG – Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.

        
        Penyebaran video itu mengejutkan ramai pihak malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan fahaman Syiah. Kelakuan yang dirakamkan dilihat pelik apabila beberapa jemaah meluru dan menunggu di belakang khatib.
        
        Video berdurasi 2:02 itu mendapati beberapa jemaah bertindak meluru ke arah mimbar ketika khatib sedang membaca khutbah dan diakhiri video itu dikatakan seorang jemaah terbabit bertindak mencium mulut khatib berkenaan sebaik sahaja selesai berkhutbah.

                                                                         

Wartawan sedang menemu bual Mokhtar (kanan)

        
        Justeru itu, Sinar Harian berusaha mencari khatib yang dimaksudkan dalam video itu dan difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut Pendang.
        
        Imam Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut, Mokhtar Mohamad kelihatan tenang ketika Sinar Harian memperkenalkan diri dan menjelaskan bahawa dakwaan laman sosial mengatakan seorang jemaah bertindak mencium mulutnya adalah tidak benar.
        
        “Adegan cium mulut sama sekali tidak berlaku dan saya rasa sudut kamera ketika video itu direkodkan menampakkan seolah jemaah itu mencium mulut saya.
        
        “Pada hakikatnya, jemaah meluru dan menunggu di belakang saya bertujuan untuk bersalam, memeluk dan berlaga pipi sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di masjid itu semalam.
        
        Jelasnya, bersalaman, memeluk dan berlaga pipi merupakan perkara yang sering dilakukan dalam kariah ini sejak puluhan tahun dahulu.
        
        “Budaya ini menjadi keseronokan pada hari raya bagi anak kariah masjid ini dan satu kegembiraan bagi anak kariah pertama yang dapat bersalaman dan memeluk imam menyebabkan mereka berebut datang ke hadapan.
        
        “Ada golongan menyifatkan perbuatan tersebut adalah amalan Syiah namun selama 13 tahun saya menjadi imam masjid ini mendapati tiada pengikut Syiah dalam kariah ini,” katanya.
        
        Mokhtar berkata, budaya memeluk, berlaga pipi sering dilakukan oleh anak kariah terdiri daripada anak murid, saudara-mara dan kenalan rapat.
        
        Katanya, dua jemaah yang tunggu meluru ke arah mimbar adalah jirannya dan merupakan anak kariah yang sering datang ke masjid melakukan solat secara berjemaah.
        
        Sementara itu, katanya, beliau juga telah mengumumkan permohonan maaf ketika solat Jumaat lepas di masjid itu daripada seorang jirannya yang memuat turunkan video tersebut.
        
        “Jiran saya yang menetap di Putrajaya dan pulang berhari raya telah memuat turunkan video itu namun dia memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon bahawa tidak berniat untuk menjadikan perkara yang berlaku sekarang.
        
        “Dia juga minta maaf kepada saya dan minta saya yang dipanggilnya Pak Long agar membuat pengumuman di masjid menjelaskan perkara sebenar kepada anak-anak kariah,” katanya.
        
        Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul ketika dihubungi berkata dia telah mengetahui perkara itu dan menjelaskan budaya berpeluk dan mencium imam adalah perkara biasa bagi penduduk kampung di situ.
        
        “Saya orang kampung ini dan ketika kejadian saya ada dalam masjid itu. Budaya peluk, cium dengan imam adalah kebiasaan di sini. Cerita cium mulut tak benar," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reyust 21-8-2013 11:16 AM
berhati-hatilah
Quote solstice 21-8-2013 11:20 AM
Mesti ummah LGBT teransang membaca berita ni
Ada ummah LGBT gayah yg minat pak cik2 Last edited by solstice on 21-8-2013 11:24 AM

Quote Syd 21-8-2013 11:22 AM
solstice posted on 21-8-2013 11:20 AM
Mesti LGBT teransang membaca berita ni
Ada ummah LGBT gayah yg minat pak cik2

pakcik2 umo 70an mmg hawt skrg neh

try tengok citer kat melaka tuh

pakcik 75 tahun sambut raya...pehhhh!
Quote shamsadis 21-8-2013 11:23 AM
bideo mana bideo....ntah2 salam cium tangan je kot
Quote brums08 21-8-2013 11:27 AM
sian pakcik kena fitnah...
Quote kakiputaralam 21-8-2013 11:30 AM
Khatib nie hot sangat kot
Quote mrsLucky 21-8-2013 11:36 AM
angle how bedio tu di ambik tu yang salah...
derang tak cium molot ok...berlaga pipi jer poooooon...
relek lah, cian pakcik ni..
Quote bolat-bolat 21-8-2013 11:43 AM
Kesian pakcik ni kena fitnah...
Quote BebeQ 21-8-2013 03:55 PM
mana bideonya? aku x penah tengok pun ada dekat timeline fb aku ni.
Quote miawpink 21-8-2013 03:57 PM
BebeQ posted on 21-8-2013 03:55 PM
mana bideonya? aku x penah tengok pun ada dekat timeline fb aku ni.

[youtube]e6io5sLKmHU[/youtube]
Quote shernazz 21-8-2013 03:57 PM
musti pakcik neh malu gile org dok sindir2 tanpa usul periksa n hanya suka menjatuhkan org lain...
aku memahaminya.....sian dia..
Quote wafeenaulia 21-8-2013 04:00 PM
Apa pon sy still menganggap kelakuan depa x senonoh n memalukan..boleh jer kot nk salam nk peluk bg hbs dulu khutbah baris elok2 salam imam tu ish ishhh
Quote haryatie 21-8-2013 04:00 PM
sian pakcik ni..
x psal2 difitnahkan..
btul gak tu..kdg2 apa yg dinampak x semesti menggambarkan keadaan sebenar
tp tenang ker hati org yg sebarkan fitnah ni..
Quote Bedah.Cun 21-8-2013 04:01 PM
Penyebar berita ni Bedah rase sah2 la ummah LGBT... Cakap je la kau terangsang tengok pakcik ni duk bercomolot tak payah la duk guna alasan berita kau tu Syiah ke ape ngaku je kau tu LGBT kena tutuh pungkok. Biar mak bapak kau sembelih kau sebab dapat anak gay tak guna. Tasty la sangat khatib tu
Quote PitMie 21-8-2013 04:07 PM
Amalan tu kot mana pun agak pelik....plus berlaku di PENDANG, tempat paling femes puak Syiah berkampung skrg.....malah satu Malaysia tau di Kedah, PENDANG adalah kubu kuat BN...eh, Syiah.


Aku taknak tuduh tp cuba nilaikan perkara2 pelik yg berlaku time tuh...bygkan time khutbah belum abes jemaah siap tunggu atas mimbar di blkg & depan siap berdiri....pastu trus peluk cium (tak kisah la berlaga pipi atau cium pipi) tp mmg jelas perilaku jemaah Paya Kerchut nih pelik amat....selalunya nak peluk sgt pun tunggulah abes khutbah btul2 yakni sementelah imam turun dari mimbar....




So something's fishy bg aku dari bidiyo tuh....jgn salahkan org yg sebar sbb mmg perbuatan gitu timbulkan pitenah.....alah kalau tetibe berlaku di masjid2 korang pun konfem terkejut beruk.
Quote Bedah.Cun 21-8-2013 04:13 PM
Bedah rase budaya Melayu memang anggap budaya pak Arab yang suke peluk2 berlaga pipi tu budaya ummah gayah. Kan ke ummah gayah Sodom tu pun berlaku di Palestin/Israel tempat ummah2 sepesyen dengan Arab ala2 genetik tongkang Jawa di Johor dan Lembah Klang dengan ummah Ponorego di Jawa Timur yang serumpun Last edited by Bedah.Cun on 20-8-2013 08:14 PM

Quote Bedah.Cun 21-8-2013 04:22 PM
Kau tengok je perbincangan dalam thread ni.... Malas nak tempek satu persatu, macam la Melayu2 celup yang urban daripada Melayu Ulu cam kitorang ni pandai cakap BI sangat

Don't Like Hugging People - Ummah Forum

Dan ini.....

Cheek Kissing - Wikipedia

Satu lagi kan ke ade riwayat ke citer yang Bedah dengar, ni korang jangan cakap Bedah rajin bace buku agama ke ape. Bedah mualaf hoccey mesti la Bedah bace benda yang Bedah nak percaya takkan Bedah nak ikut buta2 camtu je risking my afterlife idup ni sekali je. Bukan ade ke sahabat nabi cium perut nabi dan sahabat tu bukannye pempuan tapi laki... Camtu ni amalan Syiah gay ke? Bedah ingat nabi dan sahabat tu bukan beragama Syiah dan gayah ke? Bukan nak timbulkan polemik atau sensitiviti cuma bile kejadian2 ni terjadi, Bedah mula keliru la dengan sikap pandangan alam korang yang Melayu2 celup sedia Islam ni. Kitorang tak campur sangat Arab2 ke hape memang pure Melayu
Quote Bedah.Cun 21-8-2013 04:25 PM
Ni ha tempat Bedah membaca, sori la Bedah nak gi ke bod Islam forum Cari yang dipenuhi oleh ummah Melayu perasan Arab. Kau nak belajar agama Arab bukan ke kena belajar kat pak Arab betol?

Men kissing men - Islamic Board
Quote namirulmukminin 21-8-2013 04:29 PM
solstice posted on 21-8-2013 11:20 AM
Mesti ummah LGBT teransang membaca berita ni
Ada ummah LGBT gayah yg minat pak cik2

Nasib baik " Pendang"... Kalu "Kandang" tadi tak tau la aku...
Last edited by namirulmukminin on 21-8-2013 04:31 PM

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053983 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top