Mungkin ramai tahu manfaat hampas teh yang bagus untuk merawat kulit. Namun, ramai tak yang mempraktikkan penggunaan hampas teh dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit?
Mungkin jika anda tahu apa dia manfaat sebenar hampas teh seperti dilaporkan portal Vemale, anda tidak akan membuangnya begitu sahaja tanpa memanfaatkan khasiatnya terlebih dahulu. Teruskan pembacaan jika mahu tahu lebih lanjut! 1. Awet Muda Setiap wanita pasti berasa takut wajah kelihatan tua sebelum usia. Bertenang! Hampas teh mampu membuat kulit anda lebih tegang. Caranya mudah sahaja, hanya perlu sapukan hampas teh yang masih lembab ke serata wajah dan biarkan ia kering. Kemudian, bersihkan dengan air suam. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh membantu menegangkan kulit serta melawan tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus dan kedutan. 2. Menghilangkan Mata Panda! Lelah bekerja seharian di pejabat boleh menyebabkan timbulnya kantung mata seperti mata panda! Selain krim mata, kandungan antioksidan dalam teh dapat megurangkan pembekakan di sekitar kawasan mata. Celupkan kantung teh ke dalam air sejuk dan tekap pada mata, biarkan beberapa minit, lalu dibilas dengan air bersih. 3. Jerawat Muncul? No Hal Lah! Daripada membazir hampas teh begitu sahaja, apa kata anda campurkannya dengan sedikit air dan oleskan pada kawasan berjerawat. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan setiap hari supaya jerawat mengecut lebih pantas. Kandungan katekin dalam teh dapat melawan bakteria penyebab jerawat. 4. Mengawal Kulit Berminyak Selain mengurangkan jerawat, hampas teh bermanfaat mengatur keseimbangan kadar gula yang mempengaruhi penghasilan kelenjar sebum, sekali gus menyebabkan minyak berlebihan. Caranya sama seperti kaedah merawat masalah jerawat, tetapi disapukan ke seluruh wajah. 5. Boleh Dijadikan Skrub Muka! Tektur hampas teh yang kasar boleh dimanfaatkan untuk megelupas sel mati selain menghapuskan kotoran dan debu pada wajah. Malah, ia sangat bagus dalam menghaluskan kulit wajah serta mencerahkan. Caranya sama macam skrub muka dan urut sekitar 5-10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Tapi ingat! Jangan terlalu rajin sampai buat lebih dari dua kali seminggu ya. Ini bagi mengelakkan lapisan kulit menipis. Bagi mengelak masalah kulit, elakkan daripada menggunakan hampas teh yang sebelumnya bercampur dengan bahan lain seperti gula, susu dan lain-lain. Mudah saja, bukan? Murah pula tu. Semoga berjaya! - CARI
|
36
Bagus |
29
Marah |
29
Terkejut |
26
Sedih |
19
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 1-8-2017 02:44 PM
Aku baca KT internet hampas teh pun bagus utk tsnaman....aku bubuh hampas teh kat pokok kesum aku... ...
prettyuglybabe replied at 1-8-2017 03:06 PM
kalau nak taruk baja hampas kopi atau teh, orang kata letak keliling pokok tu..
bukan atas dia/ba ...
jazaa100 replied at 1-8-2017 03:16 PM
Akk letak sekeliling le babe....ppkok kesum akk dlm pasu blm di pindah ke tanah
armin replied at 1-8-2017 04:16 PM
Dulu rajin buat lama2 lupa. Buat dlm seminggu tu dua tiga kali utk buang sel mati kulit, campur dgn ...
ADVERTISEMENT