Selepas dikecam teruk lantaran menyindir satu pihak lain di laman Instagram, akhirnya pelakon Anzalna Nasir mengambil pendekatan menjernihkan keadaan.
"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana," kata Anzalna kepada Astro Gempak. Tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan, Anzalna berkata dia meminta maaf kerana telah menyebabkan ramai pihak berasa kurang senang. "Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi? "Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita," akuinya. Dalam pada itu, Anzalna dilihat cuba untuk menukar akaun Instagramnya kepada mode privasi. Mengapa bertindak sedemikian rupa agaknya? "Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini. "Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama," ujarnya lagi. - CARI |
5
Bagus |
11
Marah |
12
Terkejut |
20
Sedih |
21
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harrypoter replied at 1-8-2017 11:14 AM
mcm tak ikhlas je..
ADVERTISEMENT