Sebelum ini tular tentang seorang pemilik kereta Ferrari merah yang dikatakan sering datang ke masjid untuk mencuci tandas dan bersolat Dhuha di situ.
Dalam entri Facebook yang dimuat naik oleh Ally Ramly, pemilik misteri itu digambarkan sebagai seorang yang biasa-biasa sahaja. Disebabkan itu netizen memuji-muji kerja kebajikan yang dilakukannya. Walau bagaimanapun, gambar kereta Ferrari tersebut sebenarnya hanya diambil dari carian Google. Lagi kecoh bila kereta terbabit dikatakan milik Norman KRU. Menurut mStar Online, Norman mengesahkan kereta tersebut adalah miliknya berdasarkan nombor pendaftaran yang tertera. "Memang kereta saya tapi saya taklah cuci masjid di Subang Jaya, jauh tu...saya tinggal di Cyberjaya. "Gambar kereta saya tersebar dah biasa, yang luar biasa kalau kata saya cuci masjid di Subang Jaya, bukanlah saya tak boleh buat (cuci masjid) tapi Subang Jaya tu jauh sangat," katanya. Selepas 'kantoi' cerita tersebut palsu, posting asalnya sudah dipadamkan. -CARI
|
ADVERTISEMENT