"Sekarang ramai pelakon baru yang hanya kejar populariti dan letak harga yang tidak sama dengan kualiti lakonan mereka."
Abil atau Nabila Huda jelas kecewa dengan pendatang baru dalam dunia lakonan yang disifatkannya bagaikan cendawan tumbuh. Memetik mStar Online, Abil mendakwa lambakan pelakon baru tiada kualiti tapi mahu bayaran mahal menjurus kepada kegagalan mereka untuk kekal lama dalam industri. "Kadang-kadang ada juga saya tertonton drama Melayu kerana anak saya peminat drama Melayu, namun saya jadi tertekan melihat lakonan mereka," ujarnya kepada mStar Online. Tambahnya, dia hanya menerima bayaran RM600 ketika mula-mula menceburkan diri dalam industri.
"Dulu masa saya mula dalam bidang ini drama pertama Blok 404 saya terima bayaran RM600 sahaja, itu sudah termasuk promosi seluruh negara. Tapi lama kelamaan harga itu akan meningkat mengikut kualiti kerja kita. "Bayaran adalah soal kedua. Insya-Allah akan meningkat mengikut tahap kualiti kita," ujarnya. Dalam masa sama, Abil bersedia digandingkan dengan pelakon baru yang berbakat. "Saya terbuka sahaja jika berlakon dengan pelakon-pelakon baru tapi mereka terbuka ke untuk bergandingan dengan saya?. "Alhamdulillah, setakat ini semua yang digandingkan dengan saya adalah yang berbakat dan berpengalaman," ujarnya. Sementara itu, pelakon dan penyanyi Amy Mastura pula berfikiran sebaliknya apabila memuji pendatang baru dalam industri seni tanah air. “Saya suka berlakon dengan pendatang baru. Lebih-lebih lagu buat mereka yang cukup bersungguh-sungguh untuk belajar. Tak malu bertanya. Mereka juga tidak persiakan peluang yang diberikan. ‘Tabik spring’ buat mereka. “Ada yang berlakon bagus dan ada juga penyanyi baru yang hebat,” luah Amy kepada Sinar Harian. Dalam masa sama, Amy turut mengalu-alukan kehadiran mereka dalam industri. “Jangan anggap orang baru ini datang dunia seni dengan ‘kosong’. Ya, mereka mungkin kurang pengalaman. Namun, sebilangannya ada pengetahuan yang tinggi. “Bagi muka baru yang betul-betul hadir dalam industri untuk belajar dan mengutip pengalaman, saya cukup hormati dan alu-alukan kehadiran mereka dalam seni,” katanya. Bagaimana pula anda menilai bakat pendatang baru dalam dunia seni nyanyian mahupun lakonan? - CARI |
9
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
BoongaKertas replied at 27-7-2017 12:09 PM
ini rahsia kak amy maintain awet muda?
berfikiran positip terhadap artis2 baru
tp serius lah, kena ...
BoongaKertas replied at 27-7-2017 12:09 PM
ini rahsia kak amy maintain awet muda?
berfikiran positip terhadap artis2 baru
tp serius lah, kena ...
akumak replied at 27-7-2017 12:20 PM
yup saya setuju. sikap positif rahsia awet muka kak amy. tp kenyataan abil tu takut diputar belit ...
sepitsiput replied at 27-7-2017 12:23 PM
dlm ramai2 aktres senior...Amy Mastura nampak paling senang di approach...sbb tu ramai pendatang b ...
Loginlogoff replied at 27-7-2017 12:29 PM
hai kaka amy..
laki chuols alvin tan slalu dtg opis iols..very the humble n baik gitu..positip orgn ...
sepitsiput replied at 27-7-2017 12:23 PM
dlm ramai2 aktres senior...Amy Mastura nampak paling senang di approach...sbb tu ramai pendatang b ...
BoongaKertas replied at 27-7-2017 12:26 PM
kaka sepit, sape bisa lupa role sheols dlm puteri impian tu
comel + adorable giler waktu tu
su ...
sepitsiput replied at 27-7-2017 12:32 PM
alvin tan bukan ke porno malaysia di vegas tu ke?
Alvin Tham la laki sheols
sepitsiput replied at 27-7-2017 12:32 PM
alvin tan bukan ke porno malaysia di vegas tu ke?
Alvin Tham la laki sheols
sepitsiput replied at 27-7-2017 12:34 PM
filem puteri impian masa dh lama sikit sheols blakon...meols maksudkan filem awal2 tajuk Impian..l ...
ADVERTISEMENT