Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti kasim, 54 mendakwa dirinya diugut bunuh termasuk dipenggal kepala, disimbah asid dan dirogol.
Susulan itu, Siti Kasim bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur. Menurutnya, dia bimbang tentang keselamatan dirinya kerana ia adalah ancaman yang paling serius pernah diterima setakat ini. Menurut laporan New Straits Times, ugutan pertama diterima pada 3 julai lalu berikutan pendiriannya berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender yang didakwanya disalah petik dari sebuah laman web. Siti Kasim kemudiannya menerima ugutan dari individu yang sama pada 19 julai. Ugutan dalam media sosial itu dianggap serius kerana ada pengguna lain turut serta menyahut cabaran. Mereka juga bertukar nombor telefon untuk berbincang lebih lanjut. “Ada netizen menjawab dan menyahut cabaran, mereka bertukar nombor Whatsapp, orang lain pula menyebut supaya tidak berbincang hal itu di media sosial kerana ia boleh dibaca orang lain,” katanya. Siti berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap ancaman yang dibuat kepadanya dan keluarga. Walau bagaimanapun laman web yang mengandungi kenyataan tersebut tidak didedahkan kerana tidak mahu menjejaskan siasatan pihak polis. -CARI |
17
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bujat replied at 24-7-2017 12:54 PM
Nak ke org nak rogol betina ni sis?
ADVERTISEMENT