Ha! Sesiapa yang membuat spekulasi mengenai hubungan Puteri Aishah dengan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, 37, ini jawapan tuan empunya diri.
"Saya kenal SM Faisal menerusi kawan baik saya iaitu Yana. Kami memang dah kenal lama dan saya rapat dengan keluarga dia. "Manakala Yana dan Faisal pula sepupu dekat dan kebetulan masa kami keluar bersama, dia ada ajak Faisal sekali. Dari situ saya kenal dan berkawan dengan dia. "Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan," kata Puteri kepada mStar Online. Puteri Aishah Sulaiman atau mesra disapa sebagai Puteri, 22, mengakui tidak mahu menyorokkan apa-apa daripada orang luar, sebab itulah dia berkongsi foto dan video bersama Faisal di akaun Instagramnya.
"Saya tak nak sorok apa-apa daripada peminat dan apa yang saya kongsi bukan nak tunjuk yang kami ini bercinta atau pasangan kekasih. "Saya harap selepas ini tidak ada yang salah faham lagi. Wanita di luar sana masih ada peluang untuk mengenali dan mendekati Faisal," katanya. Memetik mStar Online, Faisal pernah berkahwin dengan Emilia Hanafi pada 2002, namun dipercayai bercerai pada Mac tahun lalu dan dikurniakan tiga anak lelaki. Faisal kini menguruskan perniagaan arwah ayahnya, Tan Sri SM Nasimuddin yang meninggal dunia pada 1 Mei 2008, bersama ahli keluarga lain. Betul ke bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2015/2016 itu hanya berteman sahaja? Teman tapi mesra je gayanya kan? Anda rasa macam mana? - CARI
|
9
Bagus |
18
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
18
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT