CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sahabat Durjana Racun Rakan Sekelas

21-7-2017 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8090| Komen: 77

Seorang pelajar Tingkatan Satu ditahan kerana disyaki meracuni rakan sekelas dengan memasukkan racun lipas ke dalam makanannya.

Memetik mStar Online, kejadian didakwa berlaku di sebuah sekolah di Sri Aman pada tengah hari Khamis. Susulan kejadian, suspek yang panik lari meninggalkan sekolah sebelum ditahan polis di kediamannya di Sri Aman pada jam 2.30 pagi Jumaat.

"Kami telah menahan budak lelaki berusia 13 tahun dan merampas sekotak racun lipas," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar.


Foto: mStar Online

Mangsa, 13, dikejarkan ke Hospital Sri Aman oleh kakitangan sekolah selepas dia muntah-muntah beberapa minit selepas menjamah makanan diberi suspek.


Tambah Dev, laporan dibuat bapa mangsa di Balai Polis Sri Aman sejurus dimaklumkan seorang guru mengenai tindakan budak lelaki itu meracun anaknya.

"Siasatan awal mendapati suspek membawa bekas berisi mi dan memberinya kepada mangsa, sebalum mangsa mulai muntah dan dibawa ke hospital," katanya.

Menurut laporan, mangsa masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan meracun. - CARI

4

Bagus
19

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
24

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suriamir 21-7-2017 03:46 PM
Gile la budak2 nowdays... klu kena kat anak aku, siap la ko!!!!
Quote putehkundor 21-7-2017 03:48 PM
Seb baik racun lipas, kalau racun tikus dah lama golllll
Quote Changa 21-7-2017 04:07 PM
pprt nya perangai kau dek
Quote c===8 21-7-2017 04:27 PM
mungkin pemberi racun tu mangsa buli pemakan racun
Quote budaktua 21-7-2017 04:33 PM
sib baik dpt detect cpt...
klu lmbt sikit..timbul cerita yg cikgu  bg makan racun lipas tu...
Quote saviour_09 21-7-2017 04:40 PM
erk really???
wut happen la budak2 nowadays haa???
Quote moonbug 21-7-2017 04:42 PM
Kes buli lg la ni
Quote kechikchomel 21-7-2017 04:50 PM
budak ni memang sengaja nak bagi kawan dia makan racun tu ke?
atau dia sebenarnya nak prank kawan dia je?

ehhhh...racun lipas tak berbau ye?
Quote pearl.silver 21-7-2017 04:52 PM
Teringat kes kat indon yg dia racun kawan dia kat restoran tu
Quote CiliPadiSedap 21-7-2017 06:06 PM
pearl.silver replied at 21-7-2017 04:52 PM
Teringat kes kat indon yg dia racun kawan dia kat restoran tu

Dia racun guna cyanide. Suspek di bebaskan dengan ikat jamin bibik
Quote Artemesiaa 21-7-2017 06:11 PM
Gurau main kasar tu dah macam membuli pun ya siap le nak menjawab
Quote helle 21-7-2017 06:16 PM
Ape la motifnye sampai nak meracun member..takkan sbb jeles member ada pensel box baru..ke berebut awek
Quote mbhcsf 21-7-2017 06:16 PM
ya allah, baru form 1 dah ade killer instinct ni

iskk...apa nak jadi ni???
Quote aleesyasofia 21-7-2017 06:33 PM
apa nak jd gnerasi skrg nie.. iols dlu brgaduh dgn kwn2 skolah pon xde la trpikir nak bg rcun bgai..
Quote Skuau 21-7-2017 06:34 PM
Belum matang sgt bdk umoq 13 taun kt msia ni...
Quote mrsLucky 21-7-2017 06:38 PM
13 years old dah pandai fikir nak racun orang...
Quote ultra78 21-7-2017 06:55 PM
Bongok. Lain kali guna racun tikus la.
Quote pearl.silver 21-7-2017 07:00 PM
CiliPadiSedap replied at 21-7-2017 06:06 PM
Dia racun guna cyanide. Suspek di bebaskan dengan ikat jamin bibik

Dibebaakan?

Kan ke dia dah konfem bersalah sebab instict hakim  
Quote redapple10 21-7-2017 07:24 PM
Dahsyat sungguh permainan zmn skrg

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.093404 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top