Hari konvokesyen merupakan salah satu detik paling ditunggu-tunggu setiap penuntut Intitusi Pengajian Tinggi (IPT). Begitu juga dengan seorang penuntut orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu, Mohamad Rahmat Turman yang begitu teruja untuk menghadiri majlis konvokesyennya, semalam.
Memetik Harian Metro, Rahmat, 23, berasal dari Sungai Korok, Jitra, Kedah, sanggup menunggang motosikal bersendirian sejauh 41 kilometer dari rumahnya ke Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Arau, semalam. Rahmat merupakan antara 16 graduan OKU pendengaran dan bisu yang memperoleh Sijil Kemahiran Khas (Hotel dan Katering) Politeknik pada Majlis Konvokesyen ke-11 itu.
Menurut Rahmat, dia terpaksa menghadiri majlis itu bersendirian kerana ibunya, Noraini Ahmad, 46, terpaksa bekerja pada hari berkenaan. “Saya sedikit terkilan ibu tidak dapat hadir kerana tidak dapat cuti daripada majikannya di Jitra. “Namun, saya faham akan situasinya dan gagahkan diri untuk hadir bagi menerima anugerah sijil khas ini,” katanya kepada Harian Metro. Rahmat kini bekerja di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah. - CARI |
14
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
19
Sedih |
6
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 21-7-2017 11:17 AM
Jitra dgn arau tak jauh mana dik....tetiap mgu kau balik naik motor jugak kannn...
Ingatkn kena n ...
batmana replied at 21-7-2017 11:57 AM
bahaya wei bwa moto dgn mslh pendengaran ni
ptutnya kwn2 yg bkn oku tu teman ke apa
ADVERTISEMENT