CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Tahfiz 'Lesap', Keluarga Bimbangkan Keselamatan Aqmal Khaleq

21-7-2017 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6904| Komen: 73

Seorang kanak-kanak pelajar pusat tahfiz berusia 11 tahun 'lesap' menyebabkan ibu bapanya bimbangkan keselamatannya.

Memetik BH Online, guru Pusat Tahfiz Al Aziziah, Taman Keramat menyedari kehilangan Aqmal Khaleq Firman Hasani apabila dia tidak berada di dalam kelasnya pada jam 2 petang Khamis.



Foto: BH Online

Menurut ibu Aqmal, Nor Laily Zakaria, 37, dia bergegas mencari anak sulungnya itu sejurus dimaklumkan pihak sekolah.

Namun, sehingga tengah malam tadi, Aqmal yang dipercayai berada bersama seorang rakannya yang berusia 13 tahun masih belum ditemui.

"Kehilangannya disedari seorang ustaz ketika hendak memulakan kelas apabila mereka berdua tidak berada di dalam bilik darjah.


"Sebaik dimaklumkan perkara itu oleh pihak pengurusan pusat tahfiz, kami terus cuba mencari di kawasan sekitar.

"Namun sehingga jam 12 tengah malam tadi, mereka berdua masih belum ditemui walaupun usaha mencari diluaskan sehingga ke Cheras," katanya kepada BH.

Selain usaha mencari, ahli keluarganya turut membuat hebahan di media sosial untuk orang ramai menyalurkan maklumat.

"Saya percaya mereka hanya menghilangkan diri dan merayu supaya mereka pulang semula ke rumah," kata Nor Laily.

Orang ramai yang ada maklumat berhubung perkara itu diminta menghubungi Nor Laily di talian 010-221 2342 atau suaminya, Firman Hasani Selamat, 012-326 2629.

Keluarga kanak-kanak berkenaan masih belum membuat laporan polis memandangkan tempoh kehilangannya belum sampai 24 jam. - CARI
23

Bagus
24

Marah
20

Terkejut
20

Sedih
29

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 21-7-2017 10:21 AM
lahai comelnya dia... semoga cepat di temui, mak risau tu
Quote asfaz 21-7-2017 10:29 AM
Mana pergi dik oiii...moga dijumpai segera
Quote lolita737 21-7-2017 10:30 AM
teringat anak buah yg ada kat mesir..muka lebih kurang macam adik ni..
pulanglah dik..jgn buat mak ayah adik risau.
Quote redapple10 21-7-2017 10:45 AM
Kesian mak ayah risau.. semoga kembali rumah dgn selamat
Quote Changa 21-7-2017 10:48 AM
membirah ke dek??
pasangan gayah tahfiz???
brokeback mountain sangat kau dek
Quote goss79 21-7-2017 11:19 AM
kesian mak ayah kusut pikir mana hilangnya anak. moga cepat ditemui dlm keadaan selamat.
Quote sebu1 21-7-2017 11:20 AM
Comel rase nk peluk2. Kemane kamu nak
Quote haryatie 21-7-2017 11:28 AM
ke mana pulak pegi nya
smoga ditemui dgn cepat dn selamat
Quote Pajeri_Nenas 21-7-2017 11:30 AM
fly beli nasik lemak la ni.mcm bebudak hostel dedulu
Quote batmana 21-7-2017 12:04 PM
pusat tahfiz kt taman ke

pak guard tido agaknye
Quote esbatu 21-7-2017 12:16 PM


semoga adik ni selamat kembali ke pangkuan keluarga
Quote GhostWalking 21-7-2017 12:54 PM
Ko g tengok wayang kan mcm la abam xtahu
Quote idakamaruddin 21-7-2017 12:58 PM
kne sorok ngn hantu kopek ke apa dik

Quote jazaa100 21-7-2017 01:04 PM
sebu1 replied at 21-7-2017 11:20 AM
Comel rase nk peluk2. Kemane kamu nak

Smlm ada org jumpa dorang berdua bwak beg kat belakang kat lrt setapak.....

Nak lari le tu..


Quote pearl.silver 21-7-2017 01:57 PM
1. Lari ikut gf wechat
2. Lari sebab dia xsuka masuk tahfiz tu...mak die yg paksa
3. Lari sbb kt tahfiz kne buli cabul dsb. Takut nk bgtau mak. Takut mak xcaye.

Balik la dek...apa2 pun boleh bincang. Adik muda lagi, jauh lagi petjalanannya..
Quote cmf_Strawberry 21-7-2017 01:57 PM
Terima kasih semua atas doa kalian..hanya Allah sahaja yang dpt membalas keperihatinan kalian semua,
Latest info pada pkl 10 pg tadi:dpt info dari pegawai rapid melalui cctv:
-aqmal dan rakannya daniel menaiki tren dari keramat(jelatek) pada tarikh 20/7/17 pkl 2.32.
-mereka turun kat station sri rampai pd pkl  2.46petang
-aqmal pakai baju sweater wrna kelabu n seluar hitam dan bawa beg galas belakang wrna hitam.ada masa aqmal menggunakan hooded sweater nya,so x nmpk muka dia.
-daniel pula memakai sweater kelabu dan seluar macam wrna light blue.daniel membawa beg sandang belakang wrna purple.

Disyaki berada dikawasan sekitar sri rmpai.

*mohon jgn tukar walau satu perkataan info yg sy beri ni agar memudahkan pencarian.itu shj info yg diterima setakat ini.tq everyone
Quote cmf_Strawberry 21-7-2017 01:58 PM
Korang... jgn buat tuduhan.. they are my relative and i know they are good people. Tahfiz tu dekat rumahnya..  
Quote zach2008 21-7-2017 02:15 PM
Bukan nak merujuk kepada kes kehilangan nih...
Aku kdg2 terfikir jugak mengapa mak bapak hantar anak2 mereka pergi tahfiz terutama yg jauh2 dari tempat tinggal. Kalau anak2 tu sendiri berhasrat dan memohon utk dihantar, aku takde nak kata apa2. Ni kadang2 mak bapak terperasan sendiri dah berubah jadi baik, maka anak2 mereka dipaksa utk ke tahfiz.

Setakat  i aku dah jumpa 2 org... hantar anak ke tahfiz tapi budak2 tu memberontak. Sepatutnya ibu bapa guide anak2 utk membuat pilihan, bukan memaksa mereka mengikut pilihan kita
Quote jue10 21-7-2017 02:16 PM
Semoga slmt pulang cpt

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076572 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top