Tak dinafikan kita seringkali dihidangkan dengan berita sedih bagaimana kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres sebagai punca utama.
Terbaru, seorang lelaki, Wan Amir mendedahkan tindakan 'bongkak' pemandu bas ekspres yang membawa bas tanpa mengira keselamatan pengguna lain. Ia sekaligus menunjukkan betapa pemandu ini tidak mengira faktor sekeliling, yang penting mahu cepat sampai ke destinasi.
Loading FB Post... "Lihatlah bas kalian ini, dengan bongkaknya membelah jalanraya tanpa mengira keselamatan orang lain. Keselamatan pemandu bas sendiri sudah pasti tak terlintas langsung bila dia memotong sebegitu. "Memotong di atas jambatan, garisan berkembar, menghimpit dua kenderaan dan dua lagi kenderaan dari arah bertentangan terpaksa mengelak demi menyelamatkan nyawa masing-masing." Pendedahan ini turut ditunjukkan dengan rakaman video yang menjadi bukti tindakan rakus pemandu bas berkenaan. Kejadian dipercayai berlaku di jalan Kuala Terengganu-Besut. Dalam pada itu, netizen memberikan sokongan terhadap apa yang dipaparkan oleh lelaki ini. "Sebagai pengguna jalan raya, saya sokong kalau driver bas itu dikenakan tindakan yang sewajarnya." "Kereta saya pernah hampir terbabas disebabkan oleh bas ini yang masuk line saya tanpa beri signal di bulatan jalan Kuching." Memang seharusnya tindakan sewajarnya harus diberikan kepada pemandu bas terbabit. Seperti yang dikatakan oleh Wan Amir, "Saya memandu waktu petang untuk pulang ke rumah, bukan mahu pulang ke rahmatullah." - CARI ## Video asal sudah dipadam oleh pemilik asal (Wan Amir) dan kami lampirkan posting terbaharu beliau (jawapan daripada pihak Sani Express)
|
20
Bagus |
34
Marah |
20
Terkejut |
25
Sedih |
18
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manjalara_01 replied at 20-7-2017 07:59 PM
lemah semangat pulak dengar respond dari receptionist tadi..
cube tegas skit...jelas skit...bg jawa ...
CiliPadiSedap replied at 21-7-2017 02:07 AM
Skrip jawab telefon wartawan dia tak sempat download pdf file
ADVERTISEMENT