CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Penjaga Tol, Ini 5 Tabiat Orang Kita Yang Saya Cukup Menyampah" - Mira

20-7-2017 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18041| Komen: 95|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Taraf kehidupan rakyat Malaysia boleh dikatakan sudah jauh maju ke depan namun sedihnya, masih ada lagi golongan yang mempunyai tahap pemikiran yang masih rendah dan tidak tahu menghormati orang lain.


Memetik iluminasi.com, seorang penjaga tol yang hanya mahu dikenali sebagai Mira ada berkongsi pengalamannya yang menggambarkan betapa teruknya perangai sesetengah pengguna lebuh raya di Malaysia.

Maklum sajalah, bekerja sebagai penjaga tol sudah tentu berdepan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam. Jom kita baca perkongsian gadis penjaga tol ini.

Gambar sekadar hiasan

Saya Mira. Berumur 24 tahun. Gambar saya tak ada dalam ni ye?


Bekerja di salah sebuah plaza tol di selatan Kuala Lumpur. Tugas saya seharian dulu adalah mengutip duit tunai bayaran tol orang ramai. Kini saya bertugas menjaga kaunter tambah nilai Touch n Go orang ramai.

Dulu dan sekarang, tabiat orang kita yang menggunakan lebuhraya sama saja. Ada yang baik, ada yang buruk, biasalah. Namun saya hendak memberitahu anda lima tabiat orang kita yang selalu buat saya sakit hati.

Gambar sekadar hiasan

1. Lelaki selalu ganggu saya
Jika sekadar ganggu biasa-biasa saya boleh abaikan. Kadangkala ada yang sampai pegang tangan tak mahu lepas. Apa kau ingat aku bini kau ke boleh pegang-pegang? Saya tak ada lah marah sangat kalau setakat yang buat-buat tanya dah kahwin ke, ada boyfriend ke, tapi bila dah mula pegang tangan, memang jahanam lelaki macam tu. Dia tak tahu kot kami ada cctv. Nak kami hantarkan bukti kegatalan anda pada isteri?

Gambar sekadar hiasan


2. Baru nak bincang berapa nak topup
Orang ramai beratur di belakang tapi bila dah sampai giliran dia, dia masih lagi berbincang berapa nak topup. Tak boleh ke putuskan awal-awal semasa beratur?

3. Tak reti perlahankan radio
Dengan muzik dung-dang-dung-dang dan suara lemah gemalai (walaupun jantan) anda harap kami boleh dengar suara anda nak topup berapa? Isk. Tolonglah perlahankan sikit radio kereta anda tu kerana kami perlu tahu berapa anda nak relod. Reload lebih tau pulak marah.

Gambar sekadar hiasan


4. Tak reti adjust kereta
Ni memang masalah pada kami. Maaflah. Saya wanita, tapi selalunya berlaku pada pemandu wanita. Badan kecil, dia hentikan kereta jauh dari kaunter sehinggakan kami yang terpaksa hulurkan badan ke luar nak sambut duit. Boleh saja perlahan-lahan dekatkan kereta anda. Awasi jarak side mirror Insya Allah semua ok.

Gambar sekadar hiasan

5. Komplen pasal kena bayar tol dekat kami
Ni selalu kami kena. Sambil duk reload Touch n Go, sambil tu jugaklah dia duk membebel kerajaan itu lah, tol itulah, ini semua kapitalislah. Tuan-tuan dan puan-puan, maaflah. Tugas kami hanya untuk menjaga kaunter tol atau kaunter topup Touch n Go, bukannya kaunter aduan ketidakpuasan hati anda.

Tu lah 5 yang selalu buat saya menyampah. Bagaimanapun, alhamdulillah majoriti pengguna tol kita berbudi bahasa dan bertata susila. Cuma bila kena 5 ni, rasa macam nak jatuhkan aje palang tol tu kat atas cermin kereta dia.


Jesteru, sebagai pengguna lebuh raya pastikan anda tidak termasuk dalam golongan yang mempunyai 5 tabiat buruk ini. - CARI



25

Bagus
18

Marah
32

Terkejut
10

Sedih
26

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 20-7-2017 04:57 PM
Sy pun geram gak dgn penjaga tol yg xpulangkn baki dgn betul
Quote shark 20-7-2017 04:59 PM
siap pegang tangan x mau lepas? tu dah melampau wei. viralkan je video jantan keparat tu
Quote idakamaruddin 20-7-2017 05:03 PM
teringat cite amy mastura tol gate girl
Quote harrypoter 20-7-2017 05:09 PM
kalau awek cun yg duk dlm kaunter tu akupun terasa nk pegang tangan
Quote jazaa100 20-7-2017 05:12 PM
pearl.silver replied at 20-7-2017 04:57 PM
Sy pun geram gak dgn penjaga tol yg xpulangkn baki dgn betul

Betul...

Dah jalan baru teringat tadi aku bg rm50..
Knp tak pulangkn baki?....takkn nk patah balik...& tak berbaloi nak pusing pusing cari jaln...teepaksa lupakn je....


:

Quote matchstick 20-7-2017 05:35 PM
ini semua kapitalislah


banyak masa pulak dia nak membebel kt penjaga tol. barangkali salah sorang forumer CI kot
Quote prettyuglybabe 20-7-2017 05:38 PM
point no satu tu agree la klu nak marah..
but tang tak reti adjust kereta tu macam poyo je..
out of 100 maybe 1 2 je yang macam tu..
kadang good driver pun tersasar gak sekali dua..
Quote hanasensei 20-7-2017 06:07 PM
Aku pun nyampah dgn tol. Keta dh la baru bli. Skali technician  tu gatai sgt nk repair msa keta tgah lalu.. lpas byar bru nk gerak..trus gedebuk palang atas bumbung keta..dh la nk claim byk prosedur. Report polis. Kita yg ke sna sni.. byar duit ngam2 jer.
Quote Orix 20-7-2017 06:22 PM
hanasensei replied at 20-7-2017 06:07 PM
Aku pun nyampah dgn tol. Keta dh la baru bli. Skali technician  tu gatai sgt nk repair msa keta tgah ...

Bayar ngam2? Takde ganti rugi am ke? Kalau iols dah lama hire lawyer  
Quote ReginaGeorge 20-7-2017 06:26 PM
Tak yah keje... Duk umah jaga lembu.
Quote shernazz 20-7-2017 06:37 PM
kami nyampah juga kalau muka penjaga tol macam mintak maki..terutama tol silk dimpang balak...muka sejor sekor cm kena madu aje..hahaha
Quote pearl.silver 20-7-2017 06:42 PM
jazaa100 replied at 20-7-2017 05:12 PM
Betul...

Dah jalan baru teringat tadi aku bg rm50..

Betul la tu..penah kena macam tu gak..

Lagi satu kita topup 50 tp masuk 30 je..
Quote hanasensei 20-7-2017 06:59 PM
Orix replied at 20-7-2017 06:22 PM
Bayar ngam2? Takde ganti rugi am ke? Kalau iols dah lama hire lawyer

Tu la hsbnd aku lh..klut sangat nk hntr claim tu dkt plus.. sbb dia pun xbyk msa.. satu hal lak.mkena pergi pjabat plus yg near accident tu utk report..
Repair dlm 700 cmtu.. bru nk minta gnti rugi teladan, sbb 3hri gak xda knderaan..dh la kereta bru guna sbulan..
Quote syidasaleh 20-7-2017 07:00 PM
shernazz replied at 20-7-2017 06:37 PM
kami nyampah juga kalau muka penjaga tol macam mintak maki..terutama tol silk dimpang balak...muka s ...

yang ni lawak.tp mungkin betul
Quote indenial 20-7-2017 07:02 PM
Yg pegang tangan tu melampau la.
Quote awanearisu 20-7-2017 09:29 PM
Tajuk benang dah seperti tajuk di Reddit
Quote mommymonster82 20-7-2017 09:40 PM
Xyah keje lah..ko setakt duduk amik duit kasi duit lg nk bising..cukup bulan amik gaji..sekrg semua lane nk pki elektronik dah hah..nk lagi nyampah2? Orang yg bayar tol hari2 ni  kesiankan korg kena buang keje tau x? Nk sibuk2 nyampah2 org.. xtau bersyukur....
Quote mommymonster82 20-7-2017 09:41 PM
shernazz replied at 20-7-2017 06:37 PM
kami nyampah juga kalau muka penjaga tol macam mintak maki..terutama tol silk dimpang balak...muka s ...

Setuju..

Sombong giler..

Kita yg bayar dia pulak buat muka belagak..

Skrg hah..xkeruan kena benti keje...
Quote pakwetizzaqyah 20-7-2017 09:47 PM
buat je la kerja kau...untung baik ada kerja..banyak cakap plak...

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.113556 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top