Pernah tak bila dah pakai cantik-cantik nak pergi berjalan, tapi tiba-tiba hujan pula? Aduh, habislah semua basah, tak sempat nak tangkap gambar dan muat naik di Instagram dengan hashtag OOTD (outfit of the day)!
Terima kasih kepada pereka dari China ini kerana masalah anda akan selesai sekelip mata dengan Baju Hujan Payung! Menurut Oddity Central, rekaan yang menggabungkan payung dan baju hujan ini pada mulanya dianggap pelik namun menjadi popular disebabkan kegunaannya yang luar biasa. Bila hujan, payung hanya melindungi bahagian atas badan dan kaki pula terdedah, namun pakaian inovatif ini akan memastikan pemakainya terlindung dari titisan hujan.
Bukan itu sahaja, baju ini membolehkan tangan anda bebas bergerak kerana tidak perlu memegang payung lagi. Agak-agaknya mana lebih elok, pakai baju hujan biasa atau Baju Hujan Payung begini? Ini jawapan Aliexpress, laman web yang menjual rekaan unik tersebut, "Bukankah anda mahu menunjukkan pakaian anda pada masa sama melindungi diri daripada terkena hujan. "Walaupun memakai baju hujan yang lutsinar, tetapi ia masih kelihatan kabur dan tidak jelas semasa hujan. Oleh itu, dengan memakai 'baju hujan payung', orang lain masih dapat melihat pakaian anda dengan begitu jelas." Wah, lepas ini kalau hujan pun dah tak kisah. Siapa agak-agaknya yang teringin nak beli? -CARI
|
30
Bagus |
24
Marah |
24
Terkejut |
24
Sedih |
18
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT