Adat menjadi seorang peniaga, pasti akan bertemu ramai pelanggan dengan pelbagai ragam dan perangai. Begitu juga dengan peniaga dalam talian yang harus menghadap pelbagai gaya bahasa dan penulisan pelanggan.
Sakit hati kita membaca tangkap layar (screen shot) perbualan dengan pelanggan, sakit lagi hati peniaga yang kena melayan kerenah tak masuk akal pelanggannya. Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook (FB) memuat naik beberapa gambar screenshot perbualan antara dia dan pelanggannya yang disifatkan biadab! "Jagalah adab sopan kita sebagai manusia. Aku cakap elok-elok, tapi ada lagi yang macam ni (perangai)," tulis Nurul Syuhada. Menerusi perkongsian gambar itu, pelanggan berkenaan pada mulanya menghubungi Syuhada kerana berminat untuk membeli inai celup dijualnya. Namun, suasana menjadi semakin panas apabila pelanggan mula menggunakan bahasa yang kurang enak didengar. Dek kerana diri sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk melakukan pemindahan wang secara atas talian (bank in), pelanggan terbabit bertanya sekiranya duit itu boleh diposkan sahaja kepada Syuhada. Dari situlah timbul salah faham di antara kedua-dua pihak. Yang menyakitkan hati, pelanggan berkenaan menggunakana bahasa kasar sehingga mengeluarkan kata-kata kesat yang sangat biadab! Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata turut berang dengan sikap biadab pelanggan terbabit. "Budak ke macam ni? Kenapa teruk sangat perangai. Dah tak reti tu duduk diam je la, tak payah nak maki orang. Suruh je mak bapak uruskan. "Jaga-jaga dengan budak ni. Meroyan nak pakai inai dah tu. Hahaha," antara komen netizen. Itulah, kadang-kadang ada juga jenis yang tak sedar dia sebenarnya membodohkan diri sendiri kerana 'leka' membodohkan orang lain. Jagalah kesopanan dan kesusilaan masing-masing tak kira di mana jua anda berada. Okey? - CARI
|
18
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 19-7-2017 05:47 AM
Ala.....tak yah lah nk viral kan sgt..
Dah adat berniaga, mcm mcm dugaan....yg meniaga offline ...
gigahertz replied at 19-7-2017 02:40 PM
sebenarnya budak tu maksudkan money order. sebelum online bank iin popular money order ni mmg popu ...
gigahertz replied at 19-7-2017 02:40 PM
sebenarnya budak tu maksudkan money order. sebelum online bank iin popular money order ni mmg popu ...
ADVERTISEMENT