Benarlah kata orang, kalau dah jatuh cinta usia bukan lagi penghalang. Pada awal Julai lalu, perkahwinan Slamet Riyadi, 16, dan isterinya Rohaya, 71, telah mencuri perhatian ramai terutamanya masyarakat di Indonesia.
Kini, tular pula tentang pernikahan seorang lelaki warga emas dengan seorang gadis yang 44 tahun lebih muda daripadanya. Sulaeman Daeng Ngampa, 62 tahun dan pasangannya, Diana Daeng Ngani, 18 tahun selamat diijabkabulkan dihadapan penghulu kampungnya pada 16 Julai lalu di Sulawesi Selatan, Indonesia. “Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” kata Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung. Menurut Kompas.com, pengantin lelaki memberi wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM11,264.45) beserta set barangan kemas dan 300 kg beras kepada pengantin perempuan. Ketika ditemui di rumah mertuanya di Desa Paccellengkeng, Sulaeman menceritakan tentang bagaimana dia mula bertemu dengan gadis pujaan hatinya itu selepas dua bulan isterinya meninggal dunia. "Setahun yang lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati," ujar Sulaeman menceritakan saat pertama kali dia ke rumah bapa Diana yang mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan besi. Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya. Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh. "Saya senang dan suka (Sulaeman) dan tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki," kata Diana. Ditanya soal anak, Sulaeman yang merupakan seorang petani sangat berharap agar dikurniakan cahaya mata dari isteri yang baru dinikahinya itu walaupun kini dia sudah mempunyai lima anak dan sembilan orang cucu. "Kalau anak dari isteri saya sebelumnya ada lima orang dan kalau cucu ada sembilan orang dan mudah-mudahan Tuhan mengizinkan saya masih ingin memiliki anak dari isteri saya ini," kata Sulaeman sambil tersenyum ketika ditemui Kompas.com. Sementara itu, Diana yang berada disisi Sulaeman hanya tersipu malu mendengar pengakuan suaminya itu. Persoalan saya kepada semua pembaca-pembaca di sini yang masih bujang, adakah anda sanggup menerima bakal suami atau isteri yang jauh lebih tua dari anda? Bincangkan. - CARI |
28
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 19-7-2017 11:58 AM
aiyoo.. rumah papan je, tapi mampu bagi 300kg beras..
dubuk replied at 19-7-2017 12:09 PM
ya Allah, cantiknya budak tu
Themilo replied at 19-7-2017 11:58 AM
aiyoo.. rumah papan je, tapi mampu bagi 300kg beras..
ADVERTISEMENT