Kembang tekak. Itulah yang boleh digambarkan apabila empat kontena disita oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mendapati ia berisi daging babi bercampur daging kambing.
Memetik laporan Utusan Malaysia, ia dipercayai dibawa masuk dari Sepanyol dan bekalan daging seberat 120 tan metrik itu dianggarkan bernilai kira-kira RM2juta. Rampasan itu juga mendapati daging itu disusun bercampur-campur dan diletakkan dalam empat kontena sejuk beku. “Hasil pemeriksaan mendapati pengimport itu yang juga pengusaha tempatan produk sejuk beku beroperasi di Selangor, selain terdapat keraguan daripada segi muatan kontena itu yang mengandungi daging kambing dan muatan berisi daging babi bercampur dalam kontena yang sama. “Pengusaha terbabit melanggar syarat permit mengimport daging yang mendapat kebenaran sepatutnya diimport dari Australia sahaja, sebaliknya daging yang tiba di pelabuhan adalah dari Sepanyol termasuk daging yang disyaki babi itu,” kata pengarah Maqis Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad. Katanya lagi, setiap kontena mengandungi kira-kira 30 tan daging dan pengimport tersebut sudah dipanggil untuk memberi penjelasan. - CARI
|
9
Bagus |
15
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 18-7-2017 01:18 PM
Nnt ada la yg tolol komen org mlayu sunni watever makan babi haram..yg lain halall...
cicicumel replied at 18-7-2017 01:18 PM
Nnt ada la yg tolol komen org mlayu sunni watever makan babi haram..yg lain halall...
Ayda89 replied at 18-7-2017 04:49 PM
Pengimport adalah pengusaha tempatan produk sejukbeku. Siapa? Brand apa tu? Omg sangat nih
pearl.silver replied at 18-7-2017 12:40 PM
Heheh...
I penah sekali beli kambing slice frozen ni, silap pilih liat btoi..elok beli slice yg kat ...
manjalara_01 replied at 18-7-2017 06:06 PM
masak lambchop ke? hhuhu lame dh x makan..i pulak kalau kambing frozen pernah beli yg utk buat bur ...
ADVERTISEMENT