Sikap penting diri meletakkan kenderaan dalam kawasan rumah orang lain bagaikan menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat hari ini. Seorang pengguna laman sosial Facebook (FB) kesal apabila perkara sama berlaku kepada dirinya dan meluahkannya menerusi akaun FB dengan nama Rozinor Nasir melalui Facebook group Anak-Anak Muar.
"Assalamualaikum anak-anak Muar. Saya nak tanya ada sesiapa di sini yang mengenali pemilik kereta ini? "Harap boleh mengalihkan kenderaan daripada terus parkir di dalam rumah saya, sehingga saya nak buka pintu pagar pun tak boleh. Apatah lagi nak masuk ke dalam rumah," tulisnya.
Siapa tak berang apabila berada dalam situasi begini, bukan? Sekurang-kurangnya, tinggalkanlah nombor telefon bagi memudahkan tuan rumah menghubungi pemilik kereta. "Ini tidak, sudahlah tidak meminta izin, malah parkir betul-betul di depan pintu pagar depan rumah saya," tambahnya. Menerusi entri berkenaan, ia bukanlah kali pertama perkara sedemikian berlaku kepada Rozinor kerana sebelum ini dia pernah meletakkan tong sampah di hadapan pagar rumahnya sebagai tanda larangan meletakkan kenderaan di situ. Bagaimanapun, pemilik kenderaan benar-benar mementingkan diri sendiri dan keras kepala. Dialihkannya juga tong sampah itu. "Saya bukan marah atau kedekut, tapi fikirlah. Kalau saya nak buka pintu pagar pun tak boleh, macam mana saya nak masuk ke dalam rumah?" soalnya. Rozinor bagaimanapun telah memadam postingnya itu kerana pemilik kereta sudahpun bertindak mengalihkan kenderaannya. Rata-rata netizen turut bengang dengan apa yang berlaku kepada wanita berkenaan selain turut berkongsi pengalaman mereka mengalami situasi sama. "Teringat dulu masa belum berpagar, ada jiran parking dalam kawasan rumah. Padahal tak nak semak kawasan rumah dia. Selepas pagar dipasang, dengar dari jiran lain yang tuan punya kereta marah dan kata kami kedekut tak bagi parking," tulis netizen. Malah, terdapat segelintir pihak menyifatkan kebanyakan pemilik kenderaan Perodua Myvi memiliki sikap menjelikkan. "Myvi memang macam tu. "Pemilik kereta Myvi ni memang kepala otak dia orang semua sepesen eh?" komen netizen. Anda pernah mengalami perkara sama? Jom kongsikan! - CARI
|
21
Bagus |
24
Marah |
16
Terkejut |
24
Sedih |
18
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
KucingKedai replied at 18-7-2017 11:13 AM
Dulu pon ada jiran mcm ni. Rumah dia sampai 3 biji keta, tp semua tanak parking lam rumah. Tapi dok ...
sukesuke replied at 18-7-2017 11:54 AM
Samalah dgn jiran aku,kete smpai 4 bijik.dia leh parking dpn umah aku block kiri kanan smpai aku n ...
ADVERTISEMENT