CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Syok Bergambar, Rakaman Wanita Ini Diragut Jadi Tular

17-7-2017 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4734| Komen: 16

Kejadian ragut yang melibatkan seorang wanita dalam lingkungan umur 20-an berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Tasik Jaya, Senawang.

Dalam rakaman, seorang wanita dilihat sedang mengambil gambar mangsa sebelum diragut oleh seorang penunggang motosikal berwarna jingga.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis barang yang diragut suspek kerana rakaman berkenaan terlindung oleh badan mangsa.


Menurut laporan mStar Online, suspek dipercayai sudah meninjau keadaan sekeliling terlebih dahulu dan bertindak berpatah balik dalam tempoh 12 saat untuk meragut mangsa.

Rakaman yang dimuat naik oleh Omar Ahmad di laman Facebooknya itu telah menjadi tular di laman sosial dan ini merupakan insiden kedua yang berlaku di kawasan kejiranannya. 


"Pada hari raya ketiga yang lalu berlaku (kejadian ragut) di depan rumah saya pada waktu malam. Kini, berlaku di depan rumah jiran saya. Peragut ini dikatakan pernah dilihat berkeliaran di Hentian Komuter Senawang. Sesiapa ada maklumat, segera laporkan kepada polis," tulisnya.

Setakat ini, video itu sudah ditonton sebanyak lebih 56 ribu kali dan dikongsikan sebanyak 228 kali. -CARI

10

Bagus
19

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Loxlaxman 17-7-2017 05:46 PM
Ditonton sebanyak lebih 56 ribu kali dan dikongsikan sebanyak 228 kali ....

Push lagi sampai maksimum, esok lusa dapat la malaun tu..
Quote Artemesiaa 17-7-2017 05:55 PM
Zaman sekarang ni tak perlu le nak gigih bergambar tepi jalan cam tu mudah jadi mangsa ragut mengundang bahaya.
Quote ninja boy 17-7-2017 06:28 PM
mana2 motor mmg perompak
jgn kasi dekat itu motor
kecuali motor yg dibawa apek tua
sbb apek tua tak merompak
pembawa motor adalah perompak kecuali apek
sila simpan dalam kepala
nampak motor itu adalah perompak kecuali apek tua
boleh gitu
Quote Buritan 17-7-2017 06:34 PM
ninja boy replied at 17-7-2017 06:28 PM
mana2 motor mmg perompak
jgn kasi dekat itu motor
kecuali motor yg dibawa apek tua

Nanti acong marah.. dia hali hali bwk moto..     
Quote trakea 17-7-2017 06:45 PM
Nasihat kepada wanita.Kalo nampak kapcai main tutup muka ...sila jarakkan diri. Standby pepper spray jika ada.Kalau tak ada pergi la beli. Bukannya mahal sangat
Quote ntohapehapentoh 17-7-2017 07:02 PM
ater, gigih benor begambonyer...
Quote batmana 17-7-2017 07:34 PM
baru keluar gua ke dik

tk pnah baca kes2 ragut sblum ni?

ni gigih tayang beg, lenggang gtu, tepon bagai tepi jln

peragut ni ubatnya penggal je tangan dia dpn public, mmg insafla terus

ni takat masuk dlm dia sambung 'pengajian kejuruteraan meragut,mencuri,merompak' dgn senior2 dlm

bila keluar sambung kerja balik
selesaikah masalah?..
Quote nobito 17-7-2017 08:48 PM
Hubby akak suruh pakai tudung labuh sebab ni la...senang nak sorok beg tangan.
Quote wunan88 17-7-2017 09:06 PM
kalau dari bideo x nampak macam akak nie tengah galak bergambar..cume dia berbual dengan org dekat depan dia x perasan ada motor lalu kat belakang..benda nie boleh jadi kat sapa2 yg leka..
Quote Carcosa 18-7-2017 01:02 AM
ninja boy replied at 17-7-2017 06:28 PM
mana2 motor mmg perompak
jgn kasi dekat itu motor
kecuali motor yg dibawa apek tua

Setuju!   Itu yg ai'olls buat baru2 ni bila ke Bukit Bintang. Tunggu nak lintas jalan, nmpk motor berenti utk lampu merah, ai'olls dah ketengah. Tak berguna husnuzon zaman skrg ni. Yg pnting selamat. Biarlah berburuk sangka sekalipun   
Quote umie 18-7-2017 07:46 AM
Ambik ko..gigih nak bergambar!
Quote manjalara_01 18-7-2017 10:12 AM
Carcosa replied at 18-7-2017 01:02 AM
Setuju!   Itu yg ai'olls buat baru2 ni bila ke Bukit Bintang. Tunggu nak lintas jalan, nmpk m ...

it's ok...ini la cth bersangka buruk bertempat u allz...
Quote chaotic_soul 18-7-2017 10:40 AM
dapat penyamun ni sebat depan org ramai
Quote haryatie 18-7-2017 10:43 AM
ninja boy replied at 17-7-2017 06:28 PM
mana2 motor mmg perompak
jgn kasi dekat itu motor
kecuali motor yg dibawa apek tua

betulll tu....
sekali aku kena traumanya smpai ari ni
asal nmpak org bermotor jerk dlm kepala otak aku org ni peragut..perompak
tp sengsara rsanya hidup..asyik rsa takut jerk
Quote Jorja 19-7-2017 05:20 PM
Sia2 aje kena ragut kalau lepas ni masih tak berubah.. siapa2 datang kk sabah ni hati2 bila nak parking at gaya & kg air area.. pernah sekali tu tgh pening cari parking..pusing2 banyak kali perasan ada motor yg sama ikut pusing tfikir juga takanlah dia pun payah cari parking kan...lepas tu I stop double park dia pun stop tapi tak lama mungkin perasan I tengok2 cermin terus dia jalan...tengok muka mcm org pilipin..Sila tinted keta gelap sikit
Quote Jorja 10-10-2017 07:06 PM
Bukan nak mengata musibah orang tapi ZOMBIE memang layak diragut pun... mata & hidup asyik ke smartphone

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.302259 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top