Tahniah buat atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli kerana sekali mengahrumkan nama negara di arena sukan dunia. Ini kerana kelmarin, satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 dipecahkan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London. Memetik laporan Bernama, Muhammad Ziyad berjaya melakukan lontaran 17.29 meter dalam acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m. Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m.
“Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pencapaian ini. Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia." “Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia — ia sangat bagus." - CARI
|
35
Bagus |
22
Marah |
19
Terkejut |
31
Sedih |
18
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT