Ainatul menunjukkan cermin keretanya yang remuk kepada Chong Siang. KUANTAN, 20 Ogos - Dua wanita panik selepas kereta dipandu mereka dihempap dahan pokok di hadapan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, dekat sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan Tengku Muhammad itu mengakibatkan dua kenderaan pecah cermin hadapan, manakala satu lagi kemik di bahagian bumbung belakang. Pemilik kereta jenis Perodua Viva, Nur Ainatul Asma Saharudin, 23, berkata, ketika itu, kereta dipandunya bergerak perlahan kerana berada di kawasan sekolah. Guru di Sekolah Menengah Agama Al-Ehsan, Tanjung Api itu tergamam selepas dahan pokok berdiameter kira-kira 30 sentimeter itu tiba-tiba menghempap keretanya dan sebuah lagi kenderaan di depannya. “Saya menggeletar ketakutan kerana terkejut apabila dahan pokok tiba-tiba menghempap cermin depan kereta. "Bagaimanapun selepas beberapa minit, saya kembali tenang dan terus menghubungi ahli keluarga serta rakan terdekat bagi memaklumkan kejadian itu," katanya. Ainatul berkata, dia belum memutuskan untuk membuat tuntutan, tetapi akan melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan berbincang dengan keluarga mengenai perkara tersebut. Sementara itu, seorang lagi mangsa, Kamisah Harun, 44, tidak dapat membayangkan ketakutannya selepas bumbung keretanya tiba-tiba dihempap dahan pokok ketika bergerak perlahan untuk membelok ke selekoh kanan. Katanya, ketika kejadian, kereta jenis Proton Exora dipandunya itu berada di depan kereta Ainatul dan dia mengakui bernasib baik kerana jarak beberapa meter mengelakkan kemalangan lain. “Masa tu saya dah beri isyarat membelok ke Jalan Datuk Bahaman di kanan jalan, tapi tiba-tiba dahan dipenuhi daun dan ranting menghempap bumbung kereta,” katanya. Kamisah berkata, dia akan cuba membuat tuntutan kepada pihak bertanggungjawab dan membuat laporan polis. Kamisah yang masih trauma dengan kejadian itu mencadangkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) atau JKR memantau pokok di tepi jalan agar tidak membahayakan pengguna jalan raya. “Bagaimanapun, MPK bertindak cepat dan datang ke sini selepas dihubungi untuk mengangkat dahan di atas kereta kami. Saya juga bersyukur kerana selamat dan tidak alami sebarang kecederaan,” katanya. Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Chong Siang berkata, beliau dimaklumkan MPK agar dua mangsa berkenaan membuat laporan polis dan berhubung dengan pihaknya untuk membantu menyelesaikan masalah itu secara wajar. “Selepas kejadian, kita mahu pihak bertanggungjawab lebih kerap membuat pemantauan ke atas pokok ditanam di tepi jalan. Lebih membimbangkan kejadian ini berlaku di kawasan sekolah. “Tambahan lagi, sekarang kita ke arah musim tengkujuh. Jadi semua pokok besar atau mati perlu diselenggarakan,” katanya. p/s Rajin la Adun tu dtg melawat...
|
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 11:53 AM
ingatkan dihempap dari belakang oleh saorang forumer yang bernama airfilterbersih...
smoaga baik2 ...
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 12:01 PM
aku tengok tudung stail mcm pompuan tu dah serupa skirt... ke aku ni mmg fetish tudung...well th ...
girly.. posted on 20-8-2013 12:16 PM
hehehehe itu yg girly notice 1st. skrg ni mmg zaman fesyen tudung rambu ramba la.. hehehehhe girly ...
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 12:01 PM
aku tengok tudung stail mcm pompuan tu dah serupa skirt... ke aku ni mmg fetish tudung...well th ...
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 12:18 PM
tk bersanggul tocang tinggi2 ke?? tu lg seksi...pakwe suke... sebenarnya bagus je fesyen2 tudung n ...
tongkatwaran75 posted on 20-8-2013 12:18 PM
ishhh...ko nih tegur tudung plak...
ramai sentap giler kang...
betul kata ko...mcm skirt...
tongkatwaran75 posted on 20-8-2013 12:18 PM
ishhh...ko nih tegur tudung plak...
ramai sentap giler kang...
betul kata ko...mcm skirt...
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 11:53 AM
ingatkan dihempap dari belakang oleh saorang forumer yang bernama airfilterbersih...
smoaga baik2 ...
girly.. posted on 20-8-2013 12:20 PM
x suka la bertocang bagai... x elok pon... sekali sekala je pakai. lagi suka pki syria... masing2 ...
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 12:01 PM
aku tengok tudung stail mcm pompuan tu dah serupa skirt... ke aku ni mmg fetish tudung...well th ...
namirulmukminin posted on 20-8-2013 12:27 PM
Tu nasib baik kena pada orang Kuantan, stakat menggigil je.. klau budak Kandang @airfilterbersih y ...
ADVERTISEMENT