Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan saintis di Universiti Swansea dan British Antartic Survey baru-baru ini, sebuah bongkah ais yang terbesar dalam sejarah dilaporkan sudah meretak dan terpisah dari Antartika dan menggugat keselamatan kapal-kapal di sekitar benua itu. Memetik laporan mStar, bongkah ais seberat satu trilion tan dan berukuran 5,800km persegi itu terpisah dari rak ais Larsen C di Antartika di antara 10 dan 12 Julai, kata saintis terbabit. Difahamkan, bongkah ais tersebut berada dalam keadaan hampir pecah untuk beberapa bulan. Sehubungan itu, saintis memantau corak pergerakan pada rak ais menggunakan satelit Agensi Angkasa Eropah sepanjang musim sejuk di Antartika.
Manakala menurut Profesor di Universiti Swansea dan penyiasat utama Projek MIDAS, Adrian Luckman yang telah memantau pergerakan rak ais selama bertahun-tahun, bongkah ais itu adalah antara yang terbesar direkodkan dan perkembangan masa depan adalah sukar untuk diramal. “Ia mungkin kekal dalam satu bahagian, tetapi lebih cenderung untuk pecah menjadi serpihan." “Beberapa ais mungkin kekal di kawasan tersebut untuk beberapa dekad, manakala bahagian-bahagian gunung ais mungkin hanyut ke utara mencari perairan yang lebih panas,” tambahnya. Jadi, pecahan ais ini menambah risiko kepada kapal-kapal di sekitar benua tersebut. Walaupun semenanjung itu berada di luar laluan perdagangan utama tetapi ia adalah destinasi utama bagi kapal pesiar yang melawat dari Amerika Selatan.- CARI
|
23
Bagus |
20
Marah |
29
Terkejut |
18
Sedih |
32
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 13-7-2017 03:31 PM
cane dia bole tau berat dia 1 trilion tan?
penah ditimbang kati ke cane?
idakamaruddin replied at 13-7-2017 03:31 PM
cane dia bole tau berat dia 1 trilion tan?
penah ditimbang kati ke cane?
Minami2013 replied at 13-7-2017 03:35 PM
Biase guna ilmu fizik nk estimate berat tu kot...
ADVERTISEMENT