CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kos Sebenar RM1200 Tapi Kena Bayar RM3 Sahaja - Wanita Terkejut Bil Hospital Semurah Nasi Lemak

14-7-2017 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17549| Komen: 82|Original author: Oleh: Adib Za

Kisah bagaimana perkhidmatan hospital kerajaan dihentam dan dikutuk bukan lagi perkara asing.

Namun, bila bercakap tentang kebaikan tak ramai yang ingin menyebarkannya. Disimpan rapi hanya untuk pengetahuan orang terdekat sahaja.

Pengalaman yang satu ini sangat membuka mata ramai pihak tentang kelebihan dan kebaikan yang ada pada para pekerja dalam bidang bidang kesihatan ini.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita, Nurul Shazalina Zainudin yang bukan sahaja terkejut kerana mendapat bil yang tersangat murah iaitu RM3, malah layanan para doktor yang sangat baik.


"Tak sangka sangat bil Hospital Serdang sangat2 murah..Saya jangkakan dalam rm300++ walaupun di hospital kerajaan sebab melibatkan pembedahan.

"Bila dapat bil, kos sebenar rm1200++..Tapi perlu bayar rm3 sahaja,"
tulisnya yang nyata tidak menyangka hal itu, menerusi Facebook miliknya.

Bukan itu sahaja, dia turut memuji keadaan bilik yang sangat selesa meskipun cuma kelas 3, makanan yang sedap dan sikap doktor yang cuba menggembirakan anaknya.




"Paling sy tersentuh doktor pakar dalam bilik bedah cuba gembirakan anak saya. Mcm2 dia cerita.

"Bila anak dah tertidur, doktor tu suruh cium pipi anak dulu sebelum saya keluar. Nak menitis air mata tadi,"
katanya lagi.

Perkongsian ini mendapat respon yang sangat positif daripada netizen lain. Mereka turut memuji servis hospital tersebut dan juga berkongsi pengalaman yang sama ketika berada di wad.


Kesimpulannya, tak salah mengkritik demi kebaikan namun rasanya lain kali boleh menggunakan pendekatan lain yang lebih berkesan dan bukan cuma ditambah makian untuk puaskan rasa amarah sendiri. Perkongsian seperti inilah yang patut disebarkan di mana-mana. - CARI
16

Bagus
14

Marah
5

Terkejut
16

Sedih
23

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 14-7-2017 08:46 AM
Org complain sbb lama menunggu. Kalau nak cepat g la klinik swasta
Quote saviour_09 14-7-2017 08:51 AM
terbaik
credit given where credit is due
Quote nisako 14-7-2017 09:09 AM
wow terbaik la.............
Quote s@s@ 14-7-2017 09:27 AM
benda2 ni la ejen insurans nak sorok.
kalau korang tgk org dok viral buruk pasal hospital, doc gomen, etc
cuba tgk org tu ada part time jual insurans x?
Quote jazaa100 14-7-2017 09:34 AM
Selagi kau warganegara....aku tak kisah je kau dpt apa benefit yg govt sediakn....

Jgn kaum trisna yg enjoy tu semua dgn alasan dah kawin dgn zul yg dirampas dari warganegara....

Quote haryatie 14-7-2017 09:35 AM
owhh dapat subsidi patut laa..
kalau xde subsidi kena bayar mahal jugak
lain org, lain pengalaman nya
rezeki masing2..
Quote paz 14-7-2017 09:41 AM
Bagus ni, at least bende baik plak viral. Takde lah semedang kes negative aja.
Quote Yunho 14-7-2017 09:50 AM
tp mmg tak dinafikan, makanan kat wad sedap....hihihihi
Quote -electrifying- 14-7-2017 09:59 AM
tak semua yg xbgus kan...
Quote CardiGans85 14-7-2017 10:13 AM
Hospital gomen ni yg spoil psl lmbt je tp klu tgk volume umat yg ado..mmg ptt lmbt la.sy rs service kt hospital serdang ni mmg ok based on arwah atuk sedara kt cni selama 3 bln last year. Doktors n nurses sume baik je.
Quote mujer_in_espejo 14-7-2017 10:23 AM
Dlm msa bbrpa tahun ni temankan mak msuk icu, kluar msuk wad semua, yg bt kita annoyed tu sbb masa menunggu terlalu lama, tgu bedah tu kdg2 set ptg ni tp tangguh esok sbb rmi pesakit lg kritikal.. tapi bila dah discaj keluar bil beribu ribu, tp sesen pun kami x byr sbb mak ada kad pencen. Masa tu la baru rasa berbaloi menunggu.. Rasa syukur sbb semua free.. makan free, layanan bagus.. bersyukur dgn kemudahan yg di bg..
Quote indenial 14-7-2017 10:48 AM
Baguslh
Quote CiliPadiSedap 14-7-2017 11:00 AM
dik jangan viralkan nanti agent insurans terbakar
Quote aleesyasofia 14-7-2017 11:11 AM
kalo xsilap ikut jnis pnyakit jgk kan.. masa arwah atok iols nak operate pon kena byr RM1500 dulu.. dpt dok kat wad first class.. cecah ribu2 jgk..
Quote shiedafaizal 14-7-2017 11:13 AM
haryatie replied at 14-7-2017 09:35 AM
owhh dapat subsidi patut laa..
kalau xde subsidi kena bayar mahal jugak
lain org, lain pengalaman  ...

ada kategori ke nak dapat subsidi ni?
Quote Themilo 14-7-2017 11:22 AM
Hasil GST la ni

-saripah tukiran
Umno cawanga parit kebun labu
Quote Ayda89 14-7-2017 11:39 AM
I lagi percayakan doktor kerajaan dari swasta untuk sesetengah penyakit
Quote haryatie 14-7-2017 11:55 AM
shiedafaizal replied at 14-7-2017 11:13 AM
ada kategori ke nak dapat subsidi ni?

ai pun x tahu..
mesti ada kut, x kan senang2 jerk dapat
mcm mana org lain tu kdg2 bersusah payah minta derma sana sini
itu yg ai x faham..

Quote krustykrab 14-7-2017 11:59 AM
tp org2 kita punya mentaliti ni, even tak mampu pun masih nak berlagak ke private hosp....ujung2 salhkan org lain

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047883 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top