Assalamualaikum & salam muhibbah... Dah lama tak join sini... Entah hari ini rasa terpanggil nak kongsi pengalaman Naru beberapa bulan yg lepas. Begini... Gambar hiasan Ayah kepada sahabat Naru telah meninggal dunia. Naru agak rapat juga dgn sahabat Naru ni, sebab sama-sama bekerja di tempat yg sama sebelum beliau berpindah. Pernah juga Naru berborak dengan allahyarham.
(sebenarnya malam sebelum dikuburkan Naru dah menziarahi jenazah). Dipendekkan cerita, pada awal pagi itu, sahabat Naru sms memaklumkan bahawa jenazah ayah beliau akan dikuburkan pada jam 10 pagi. Kebetulah kawasan tanah perkuburan itu agak dekat tempat Naru bekerja. Naru (& juga seorang rakan sekerja yg lain) meminta kebenaran utk keluar sekejap - menunggu di tanah perkuburan - Naru sampai agak awal sebelum jenazah sampai.
Setelah meletakkan kereta, dari kejauhan Naru dapat melihat kelibat beberapa orang sedang masih menggali liang lahad. Jam sudah menunjukkan kira-kira 9.30 pagi. Naru mulai menghampiri tempat itu.... Kemudian... Apa yang membuatkan Naru tergamam; yang membuatkan diri ini dikerumuni pelbagai perasaan adalah... penggali-penggali kubur sedang berusaha menimba curahan air yang entah datang dari mana - terus saja keluar dan menyukarkan proses penggalian! Ya Allah - mata kepala ini sendiri yang melihat apa yang sedang berlaku ketika itu - bukannya sebuah mimpi! Naru terdiam apabila melihat liang lahad terpaksa dibuat pemisah - terpaksa dibahagi 2 dengan membuat benteng di tengah-tengahnya - bagi memudahkan bahagian yg satu digali kering - sementara bahagian yg satu yg penuh digenangi air, ditimba! Si penggali A menggali & cuba mendalamkan liang, si penggali B pula terus berusaha menimba air keluar! Subhannaullah... Mulut hanya bisa diam & kelu! Sepanjang Naru bernafas ini, itulah pengalaman paling misteri yg pernah Naru alami sendiri secara 'live'. Apa yang Naru ceritakan ini adalah 100% benar apa yang Naru alami & lihat. Kalu sebelum ini Naru hanya pernah membaca kejadian pelik sebegitu melalui pembacaan; Mastika, Hidayah & beberapa majalah yg seumpamanya... Tapi dengan mengalamai & melihat sendiri adalah merupakan pengalaman yang tak dapat Naru lupakan sehingga saat Naru menulis cerita ini (sekarang) - malah sampai bila2 pun rasanya sukar untuk dilupakan! Malangnya Naru tidak dapat menunggu lebih lama, kerana kehendak kerja di pejabat. (sebetulnya sudah lebih 10 pagi - jenazah belum juga sampai2). Selepas bersalam dengan keluarga arwah (sebilangannya anak2 arwah), Naru terus balik ke pejabat. Tak tahu apa kisah seterusnya tentang curahan air itu.... Aksi si penggali menimba air keluar dari dalam liang lahad & curahan air yg keluar itu masih bermain dalam fikiran. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 arwah & kita yang masih hidup ini... Amin.
|
2
Bagus |
5
Marah |
Terkejut |
13
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Originally posted by Naru at 6-6-2008 19:52
Assalamualaikum & salam muhibbah...
Dah lama tak join sini...
Entah hari ini rasa terpanggil nak kongsi pengalaman Naru beberapa bulan yg lepas. Begini...
Ayah kepada sahabat Naru te ...
ADVERTISEMENT