CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedih! Budak Tujuh Tahun, Mangsa Ketiga Jangkitan Wabak Rabies Disahkan Mati

13-7-2017 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4301| Komen: 39


sumber : Berita Harian


Hari ini, Alicesa Lorenna Nody, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun disahkan menjadi mangsa jangkitan wabak rabies yang ketiga meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak. 

Memetik laporan Bernama, pengesahan tersebut dinyatakan petang tadi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan rasmi.

"Waktu kematian mangsa adalah pada jam 2.16 petang tadi dan punca kematian adalah disebabkan rabies encephalomyelitis."

Tambah beliau, hanya tiga mangsa yang menemui ajal daripada empat kes rabies dikesan di Serian sehingga hari ini.

Manakala mangsa yang keempat masih dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HUS. 


Pada 4 Julai lalu, dua beradik, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan selepas digigit anjing, pada bulan lalu.

Alicesa yang berasal dari Kampung Lebor, Gedong, menerima rawatan rapi di HUS sejak 28 Jun lalu.- CARI

19

Bagus
30

Marah
30

Terkejut
25

Sedih
31

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 13-7-2017 06:06 PM
Takziah buat keluarga mangsa
Quote cmf_blingblings 13-7-2017 06:23 PM
mmg tak ada vaksin utk penyakit anjing gila ni?
Quote zuri154 13-7-2017 07:19 PM
cmf_blingblings replied at 13-7-2017 06:23 PM
mmg tak ada vaksin utk penyakit anjing gila ni?

rasanya vaksin tu untuk anjing, bukan manusia. supaya anjing yg divaksin tak dijangkiti wabak rabies
Quote SummerAutumn 13-7-2017 07:25 PM
Ada vaksin utk rabies. Biasanya jab right after kena bite. Total ada 5 doses.
Quote SummerAutumn 13-7-2017 07:25 PM
Ada vaksin utk rabies. Biasanya jab right after kena bite. Total ada 5 doses.
Quote felinecat 13-7-2017 07:41 PM
so, jab tu kire xberkesan ke dlm kes bebudak ni
Quote neurelle 13-7-2017 07:54 PM
Ala kesiannya..
Quote dodifarid 13-7-2017 08:14 PM
Ok, masa untuk turunkan ATM tembak mati semua anjing kat kawasan terlibat... macam kes virus nipah kat negeri sembilan dulu, punya ramai ATM turun tembak babi
Quote ShiningStars 13-7-2017 08:52 PM
Takziah utk keluarga mangsa
Quote manjalara_01 13-7-2017 09:50 PM
kalau ade anjing liar kat kwsn perumahan nak report pd majlis ke?
Quote wunan88 13-7-2017 09:53 PM
tengok dokumentari nampak macam bahaya sangat penyakit nie..kalo kena gigit tue kena dapatkan antidote dalam 24jam.
Quote elohim_yahudi 13-7-2017 09:58 PM
Penyakit ni berpunca dari orang Malaya kata orang Sarawak.

Quote Pajeri_Nenas 13-7-2017 10:18 PM
felinecat replied at 13-7-2017 07:41 PM
so, jab tu kire xberkesan ke dlm kes bebudak ni

dah lama kena gigit br sedar gitu
Quote felinecat 13-7-2017 10:41 PM
dodifarid replied at 13-7-2017 08:14 PM
Ok, masa untuk turunkan ATM tembak mati semua anjing kat kawasan terlibat... macam kes virus nipah k ...

xboleh, dulu negeri mana buat operasi bunuh anjing liar, tp ade aktivis haiwan menentang xsilap, mereka menyokong untk bg vaksin kpd anjing liar (sape tanggung ntah)...ak sanggup selamatkan nyawa manusia dlu huhu  
Quote EJALTI 13-7-2017 10:55 PM
Kesian...

Takziah buat ahli keluarga...
Quote dodolgemok 14-7-2017 12:09 AM
Penyakit ni kalau dah mula keluar simptom, harapan nak hidup amat tipis. Sebab tu kalau kena gigit anjing, kena immediately pergi hospital nanti akan dicucuk vaksin rabies. Agak2 puak2 antivax menggelupor tak kalau kena gigit hanjeng?  
Quote zorrro_03 14-7-2017 12:57 AM
Allahh...  tak reda lagi ke kes ni di sana?  Semoga rakan2 semua berjaga2. Pastikan budak2 mendapat pengawasan sebaik mungkin.  
Quote jointhecurse 14-7-2017 10:15 AM
sian wei tgk video orang yg kna pnykit ni.. seksa nak meninggal..huhu
Quote mamakylekelvin 14-7-2017 10:54 AM
semalam pergi rumah mangsa..bersih jer muka mangsa..
kesian tengok parents..dh la emak nya baru lepas bersalin anak ke 4..anak sulung pula meninggal..
kawan saya iaitu emak kepada mangsa ada cerita..dh hantar mangsa pergi hospital 1st day kena gigit anjing..tp tak diberikan injection/rawatan..
slps seminggu kena gigit..mangsa berubah kelakuan..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.265207 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top