Biasanya kita akan menjadi 'sayang' tak sanggup nak makan ikan dipelihara di dalam kolam, apatah lagi ikan yang dipelihara itu merupakan ikan perhiasan untuk menjadikan kolam atau akuarium kelihatan lebih menarik.
Pun begitu, seorang lelaki baru-baru ini telah menggemparkan seluruh warga Masak Apa Hari Ni (MAHN) apabila dia menyatakan seekor ikan perhiasan Flowerhon dah selamat menjadi 'santapannya'. Bagaimanapun, memetik portal The Reporter, posting itu telah dipadam tanpa diketahui sebabnya. Menurut portal berkenaan, ramai netizen mempersoalkan sama ada ikan perhiasan bernilai sehingga mencecah ratusan ringgit itu boleh dimakan atau tidak.
Namun, menerusi komen balas lelaki yang dikenali sebagai M.A itu, dia sepertinya baik-baik sahaja dan tidak mengalami sebarang masalah selepas makan ikan berkepala bonjol berkenaan. "Awat tak boleh makan ka? Cheq telan dah, kenyang dah," katanya. M.A yang menyangka semua jenis ikan boleh dimakan mula menjadi tak senang duduk kerana khuatir telah tersalah makan. "Call tanya mak tadi. Mak kata tak boleh makan. Dah masuk dalam perut, nak buat macam mana? Ingatkan semua ikan boleh dimakan. Cheq pun makanlah," katanya. Menurut M.A seperti dilaporkan The Reporter, dia yang kebetulan sedang kelaparan menjadi terliur ketika melihat ahli group MAHN berkongsi gambar-gambar makanan yang sedap. Disebabkan kehabisan stok makanan di rumah bujangnya, M.A tergerak untuk menjadikan ikan peliharaan rakannya di dalam akuarium itu sebagai sajian utama. Apa lagi, gelak sakan lah rakannya dengan tindakan melulu M.A sehingga dibahan habis-habisan dan menyesal dengan tindakannya itu. Malah, netizen lain juga turut mengusiknya kerana berasa tindakannya terlalu lucu dek kerana tak tahan lapar. "Kenapa ambil ikan dalam akuarium tu? "Baik-baik nanti jendul tu tumbuh kat dahi," seloroh netizen. Sementara itu, segelintir netizen lain turut menyatakan bahawa ikan peliharaan berkenaan sebenarnya memang boleh dimakan, hanya lalu dengan tidak sahaja. "Ikan flowerhorn boleh je dimakan. Lalu tak lalu je. "Semua ikan boleh dimakan melainkan yang berbisa. Tiger barb, guppy, ikan emas, oscar. Sedap atau tak je," komen netizen. Ini memang lawak. Macam dalam kartun pun ada juga. Kalau dah lapar tu, apa pun boleh jadi kan? - CARI
|
17
Bagus |
30
Marah |
30
Terkejut |
19
Sedih |
25
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Andyscenes replied at 13-7-2017 02:17 PM
Flowerhorn aku x selera, aku penah mkn ikan arowana bapak aku masa muda, marah bapak aku ikan dia ak ...
eyansss replied at 13-7-2017 02:36 PM
arowana bak hangggg... kalo aku pun aku meroyan... hahahaha... sedap tak rasanya?
Andyscenes replied at 13-7-2017 03:10 PM
Sama mcm ikan lampam je rasanya. Ikan u sakit. Da nak mati. Aku rasa da xde harapan. Bek aku mkn
Andyscenes replied at 13-7-2017 03:10 PM
Sama mcm ikan lampam je rasanya. Ikan u sakit. Da nak mati. Aku rasa da xde harapan. Bek aku mkn
zameyla replied at 13-7-2017 03:19 PM
ganas ko...
kalau aku tengok ikan tu sakit, tobat aku tak lalu nak makan...
eyansss replied at 13-7-2017 03:23 PM
kot ye pun tunggu la dia mati dulu pastu ko tunjuk kat bapak ko pastu baru la ko bakar2... hahaha ...
Andyscenes replied at 13-7-2017 03:29 PM
Aku da.lama x.mkn ikan lampam. Haaa.. rasa mcm nak balik kampung mancing sungai je. Pernah aku g m ...
ADVERTISEMENT