Tukar wajah, tukar nasib dan tukar persepsi. Sejauh mana ketiga-tiga perkara itu signifikan dengan fenomena yang kita lalui mutakhir ini? Tidak dinafikan saya peminat tegar siri Korea, Let Me In yang memaparkan tentang peserta-peserta yang mahukan wajah dan tubuh mereka dikontsrak agar menjadi cantik. Mereka ini dilahirkan dengan pelbagai jenis kecacatan dan kekurangan fizikal. Dalam rancangan ini, pakar-pakar bedah plastik dan doktor perubatan bergabung untuk mengubah seorang insan yang serba kekurangan menjadi gadis jelita. Perkara yang membuat saya tertarik dengan siri ini ialah mereka mengupas permasalahan para peserta terlebih dahulu. Mereka ke rumah, menemubual keluarga dan rakan-rakan. Kemudian, diadili oleh pakar-pakar bedah kosmetik. Barulah mereka kemudiannya akan dipilih untuk memenangi hadiah berbentuk “pembedahan & pemulihan percuma”. Para peserta tentulah terdiri daripada mereka yang kurang pendapatan atau miskin yang tidak mampu untuk membiayai pembedahan sendiri. Siri ini memang mendapat rating yang tinggi. Memang ada pro dan kontranya pembedahan plastik ini. Apatah lagi kalau ia bersifat kosmetik iaitu bertujuan untuk mencantikkan dan bukan kerana kesihatan. TUKAR WAJAH TIRU KARAKTER ANIME Di negara kita, telah viral kisah seorang pemuda Melayu melakukan pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajahnya. Namun, saat terdengar tentang kisahnya, saya segera teringatkan artis cilik suatu ketika dulu, Siti Musliha. Siapa yang membesar pada sekitar tahun 90-an pasti tahu kisah Siti Musliha ini. Keadaan Siti Musliha hampir dengan sesetengah peserta Let Me In. Kisahnya viral meskipun dulu tak ada internet dan smartphone. Malah, saya yakin kisahnya jauh lebih viral berbanding Amirul Rizwan Musa atau Miyyo Rizone. Waktu itu, rakyat Malaysia menyumbang hampir RM1 juta untuk membantu Siti Musliha membuat pembedahan pada wajahnya. Bayangkan pada waktu itu pun kita sudah mampu mengumpul wang sebanyak RM1juta untuk didermakan kepada Siti Musliha kerana rasa simpati dan mahukan gadis itu tampil cantik. Bagaimanapun, wajah Siti Musliha tidak banyak berubah kerana pembedahannya lebih kepada membetulkan bahagian mata dan hidungnya yang kurang sempurna. TUKAR WAJAH SAMPAI DIKECAM Berbeza dengan Siti Musliha, rakyat Malaysia mengecam tindakan Miyyo. Mengapa Miyyo dikecam dan dimaki sebegitu rupa? Apa yang membezakan antara Miyyo dan Siti Musliha? Kita lihat perbezaannya di sini: Pertama, Siti Musliha adalah kanak-kanak Istimewa (OKU) yang mengalami kecacatan pada wajahnya sejak lahir. Kedua, dia menyanyi dan menghasilkan album untuk mengumpul wang bagi memulihkan penglihatan dan hidungnya yang tidak sempurna. Ketiga, dia adalah budak yang bijak dan petah serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Keempat, setelah dewasa, Siti Musliha tidak lagi menyanyi. Dia kini lebih tenang dengan kehidupan peribadi. Sisi berbeza Miyyo adalah seperti berikut: Pertama, Miyyo tidak mengalami kecacatan kekal melainkan kulit mukanya banyak jerawat dan agak gelap. Kedua, dia sering diejek hingga membuatkan dia hilang keyakinan diri. Lantas mula memasang angan-angan untuk meniru wajah Ken (Teman Lelaki Barbie dan karekter anime Squall Leonhart dalam Final Fantasy) Ketiga, dia melakukan pembedahan atas biaya sendiri melalui perniagaan dan kerjaya sebagai model sambilan serta sebagai juru mekap. Kos pembiayaan sekitar RM150 ribu. Keempat, isu viral ini telah membantu menaikkan jualan produk pemutih kulit milik Miyyo yang kini merupakan usahawan muda yang berjaya. Kelima, Ibu bapa Miyyo menentang pembedahan wajah itu. Namun sebagai ibu bapa, mereka tetap teguh di belakangnya. Tukar Persepsi Diri dan Masyarakat Biar apapun tindakan Miyyo, kita sebagai orang luar usahlah cuba menghukumnya. Bagi kita, ada peranan yang perlu dimainkan agar tidak terlahir lagi isu seperti Miyyo ini. Elakkan sifat suka mencemuh dan memandang rendah insan-insan istimewa ini termasuklah yang gemuk, hitam, muka menggerutu, buruk, pendek, katik, kengkang, sepet dan sebagainya. Usah jatuhkan air muka dan keyakinan diri mereka. Berilah mereka sokongan agar mereka dapat hidup selesa dalam masyarakat meskipun mereka berkeadaan begitu. Tiada manusia sempurna di dunia ini. Sama ada dari segi fizikal, emosi dan rohani. |
26
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
23
Sedih |
13
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Biar apapun tindakan Miyyo, kita sebagai orang luar usahlah cuba menghukumnya. Bagi kita, ada peranan yang perlu dimainkan agar tidak terlahir lagi isu seperti Miyyo ini.
Elakkan sifat suka mencemuh dan memandang rendah insan-insan istimewa ini termasuklah yang gemuk, hitam, muka menggerutu, buruk, pendek, katik, kengkang, sepet dan sebagainya.
jahcomel replied at 12-7-2017 02:25 PM
mcm org kutuk lelaki lembut lh...aku sgt marah...lelaki lmbut nih lbh baik lg dr lelaki sado gagah p ...
Usah jatuhkan air muka dan keyakinan diri mereka. Berilah mereka sokongan agar mereka dapat hidup selesa dalam masyarakat meskipun mereka berkeadaan begitu. Tiada manusia sempurna di dunia ini. Sama ada dari segi fizikal, emosi dan rohani.
makton replied at 13-7-2017 07:35 AM
btw, ape khabar siti musliha tu skrg?
ADVERTISEMENT