CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pagar Makan Padi

8-7-2017 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8942| Komen: 54

Tindakan seorang pelajar tingkatan empat membawa rakan sebaya bermalam di rumahnya di Berseri, Padang Besar, mengundang petaka apabila suspek merogol adiknya.



Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Ghazani Abd Ghani berkata, mangsa, 14, dipercayai berusia 13 tahun ketika dirogol dan melahirkan bayi berkenaan di rumahnya pada 20 Jun lalu. 

"Kita menerima laporan pada jam 4.20 petang daripada pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar yang memaklumkan menerima pesakit iaitu seorang pelajar tingkatan dua melahirkan bayi lelaki. 

"Siasatan mendapati mangsa mengadu sakit perut pada jam 12.30 tengah hari ketika masih di sekolah. Ibunya menjemput mangsa di sekolah dan menyangkakan anaknya senggugut. 


"Ibu mangsa kemudian menghubungi klinik kesihatan dan pelajar terbabit melahirkan anak di rumah. Mangsa dan bayi kemudiannya dihantar ke HTF," katanya kepada BH Online.

Tambah Ghazani, mangsa mengenali suspek dan terlanjur bersama lelaki berkenaan sebanyak tiga kali pada Oktober 2016. 

"Suspek sudah ditahan, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol," katanya. - CARI

13

Bagus
27

Marah
20

Terkejut
23

Sedih
18

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KILL_NANCY 8-7-2017 02:18 PM
takutnya lahai dgn bebudak zaman sekarang nih.jahatnya jahat ke lain.
Quote idakamaruddin 8-7-2017 02:31 PM
lorr suka sama suka ke

mati2 akak igt ko kene rogol dik

btw dik perut hang kecik sgt ke smpai xdpt detect?
Quote moonbug 8-7-2017 02:31 PM
Mak nya ingat dia sakit perut senggugut? Maknya tak sedar anak dah sarat pregnant ke?
Quote kambeng_masam 8-7-2017 02:34 PM
KILL_NANCY replied at 8-7-2017 09:18 AM
takutnya lahai dgn bebudak zaman sekarang nih.jahatnya jahat ke lain.

sama je jahatnya dgn zaman kita2 nih dulu, dari tahun 90an lagi dah start dgr kes buang bayi, haruan makan anagk, budak skolah peknen bagai. Skang media pulak makin luas, lagi senang cerita tersebar.
Quote Kerêta_Angin 8-7-2017 02:40 PM
pegar makan padi
Quote arasham 8-7-2017 02:43 PM

Gelojoh nau pagau tu.. Tak sabau tunggu padi jagi beras.. Tercekiklah sudahnya..
Quote Rainrein 8-7-2017 02:53 PM
Laaa suka sama suka ke. Baca tajuk ingat betul la kena rogol. Budak skang ni memang gatal dia lain macam.
Quote ice_sky92 8-7-2017 02:55 PM
3 kali terlanjur....hmmmmm
Quote eyansss 8-7-2017 02:59 PM
moonbug replied at 8-7-2017 02:31 PM
Mak nya ingat dia sakit perut senggugut?  Maknya tak sedar anak dah sarat pregnant ke?

ada budak bila pregnant perut kecik... pastu pakai baju longgar2 lagi la tak nampak...
Quote neurelle 8-7-2017 03:00 PM
Siannya.. so naive psl sex.. tau2 sakit perut pastu beranak
Quote moonbug 8-7-2017 03:03 PM
eyansss replied at 8-7-2017 02:59 PM
ada budak bila pregnant perut kecik... pastu pakai baju longgar2 lagi la tak nampak...

Ooo. Yela, bdk tu pun baru 14 kan. Mesti badan kecik gile ni. Tp mmg power la boleh sorok muntah2 morning sickness semua tu.
Quote Kerêta_Angin 8-7-2017 03:05 PM
  kenen ni  pagor pun dah pandai mentekedar** padi   

@arasham
Quote RatuDunia94 8-7-2017 03:13 PM
Rasa byk kali abg nya ajak mber dia tidor kt rumah ni.. Tu yg lama2 adik dia pon syok kt member abg nya..
Quote arasham 8-7-2017 03:13 PM
Kerêta_Angin replied at 8-7-2017 03:05 PM
kenen ni  pagor pun dah pandai mentekedar** padi   

@arasham

Itu namonyo burok lantak wak ang..
Quote eyansss 8-7-2017 03:58 PM
moonbug replied at 8-7-2017 03:03 PM
Ooo. Yela, bdk tu pun baru 14 kan. Mesti badan kecik gile ni. Tp mmg power la boleh sorok muntah2  ...

tak semua ada muntah2 morning sickness... aku rasa budak ni takde... kalo ada pun maybe dia berjaya sorok... teringat bebaru ni banyak orang share artikel sorang ustaz ni cerita ibu mengandung anak tak sah taraf banyak kehilangan nikmat mengandung dan bersalin sebab tu orang tak perasan...
Quote pyropura 8-7-2017 04:04 PM
... PEGAR makan padi lahh... burung pegar (pheasant)

http://4.bp.blogspot.com/_fJDqQm ... 0/kuang+cermin6.jpg
Quote pyropura 8-7-2017 04:08 PM
Kerêta_Angin replied at 8-7-2017 02:40 PM
pegar makan padi

Tu bukti DBP kita tongong banget, abis duit rakyat aje ...  pembela budaya kunun

http://dbp.gov.my/puspanita/logo_dbp.gif
Quote yuliss 8-7-2017 04:16 PM
Xkn budok tu xtau dia pregnant xrasa ke baby gerak2 dlm perut tu?
Quote PongKang 8-7-2017 04:22 PM
idakamaruddin replied at 8-7-2017 02:31 PM
lorr suka sama suka ke

mati2 akak igt ko kene rogol dik


kanak2 atau remaja yg preggy mmg perut xnampak..td tgh layan open haus jumpa member sekolah keje spital cite alahai perut remaja or kanak2 yg preggy ni mmg kecik.. xmcm yg da 20s n above preggy..ada kes dirogol atok bangsat smpi ngandung, lahir bb xcukup bln 1.9kg camtu.. murung aku dgr..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037762 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top