CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Alahai…Lagi Kisah Anjing

7-7-2017 12:17 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 3271| Komen: 4

Rasanya umum sudah tahu kisah seorang wanita Melayu Islam bertudung yang memelihara seekor anjing. Lantas  tidak perlulah saya mengulangi apa yang ramai sudah maklum.

Pun begitu yang ingin diketengahkan ialah reaksi Jakim terhadap apa yang wanita berkenaan lakukan. 

Kata Jakim, menerusi ketua pengarahnya Tan Sri Othman Mustapha, perbuatan itu “bercanggah dengan pegangan mazhab ‘uruf ( kebiasaan ) adat di Malaysia".

Baiklah. No comment bak kata bahasa Inggeris .

Kata Tan Sri Othman lagi, menurut mazhab tersebut umat Islam  “dilarang sengaja menyentuh anjing kerana menajiskan diri tanpa tujuan munasabah".

Dan menurut beliau “dalam mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan”.

Ini juga tidak dipertikai. 



Justeru Jakim berharap “individu tersebut ( yakni wanita berkenaan ) segera memberhentikan perbuatannya dan bertaubat kepada Allah “.

Meminta seseorang bertaubat adalah suatu permintaan besar. Oleh itu, tidak wajar saya mengulas apa tah lagi mempertikai. 

Cuma yang ingin diulas sedikit ialah apabila Tan Sri Othman berpendapat tindakan wanita berkenaan “menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam”.

Beliau tidak memberi hujah lanjut untuk menyokong kenyataannya itu. 

Pada saya ini satu kenyataan yag dibuat secara am. A sweeping general statement.
 
Benarkah umat Islam resah akibat tindakan wanita itu memegang dan memelihara anjing? 


Tentunya ada yang resah dan ada yang tidak. Ini berdasarkan lazim manusia. Kumpulan mana yang lebih ramai tidak akan diketahui. 

Rasanya tidak perlulah untuk kajian dijalankan atau statistik dikumpul hanya untuk tahu siapa resah siapa tidak hanya kerana seorang wanita Islam pelihara anjing. 

Beralih kepada satu lagi aspek kenyataan Tan Sri Othman ia itu Islam “tidak memandangkan keji“ anjing. Oleh itu katanya, dilarang menyeksa, memukul, dan membunuh anjing tanpa sebab.

Mungkin pada wanita terbabit tindakanya memungut dan memelihara anjingnya suatu tindakan menyelamat haiwan itu daripada “kesengsaraan”.

Menurut laporan ketika wanita itu menemui anjingnya haiwan itu sedang disediakan untuk “ditamatkan riwayatnya” oleh pihak berkuasa atas sebab sebab tertentu. Waullahualam.

Ulasan atau komen juga perlu dibuat apabila Tan Sri Othman dipetik sebagai berkata “perbuatan wanita itu seolah olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam”.

Adakah agama semulia dan sebesar Islam boleh terhina dengan mudah? 


Saya tidak fikir wanita berkenaan mahu mencipta satu budaya baru untuk menghina Islam.  

Jika ya pun, adakah umat Islam di Malaysia begitu naif dan nipis imannya sehingga boleh terpengaruh dan membiarkan diri mereka nenjadi pengikut “budaya baru” yang dikhuatiri Jakim itu ? 

Apa yang ingin dihuraikan ialah Jakim sebagai badan agama diakui berhak mengeluarkan apa jua pandangan. Dan pandangan Jakim terhadap isu ini dengan menampilkan hujah berkaitan mahzab Syafie dihormati dan tidak dipertikaikan.

Namun yang tidak disenangi ialah sebab atau alasan yang diutarakannya untuk menjustifikasikan pandangan. Rasanya tidak perlulah justifikasi seperti itu yang kerap ditonjolkan tiap kali isu timbul. 
9

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote NBM 12-7-2017 11:14 AM
orang dah bagitau dah nasihat dia nak jugak anjing tu biarlah dia dgn anjing dia tu. Tanggungjawab semua orng dah selesai so skrg up to her.  Susah nak betulkan orang mcm ni cuma satu je yg boleh ubah dia, pengajaran dari Allah.
Quote kerunai 11-7-2017 08:25 AM
kalo dah bangang tu..benda yg orang duk larang,syubahah,was was ..yg tu jugak le yg nak dibuat ...ummat bodo
Quote Orix 9-7-2017 03:21 PM
Iols okay jah dgan anjing.. lantak la org nak kata haram ke apa... ko bela ayam sekalipun kalau dia ada kuman H1N1 pn ko boleh mampus.. kau pegang kencing tikus pn boleh mampus.. belum pernah la dgar org pegang anjing boleh mati.. kene gigit psal Rabies ada la.. sama macam kau bela ular, kena gigit mampos la.. tapi bela ular tak haram lak kan? Lalalalalalalalalaa jp lg ada lah secretary tuhan condemn iols
Quote manjalara_01 9-7-2017 10:20 AM
Aik? Mana pegi posting2 yg lepas? X sempat pun nak bc or reply

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074488 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top