CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Zafrel Rugi Puluhan Ribu, Wanita Perdaya Dengan Transaksi Palsu

6-7-2017 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13078| Komen: 99|Original author: Oleh: Adib Za

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan dia telah berjaya memerangkap seorang wanita yang didapati menipu ketika membuat pembelian barangan keluarannya iaitu Wawa Zainal dan Lima Waktu. 


Jelasnya, wanita tersebut tidak pernah membuat sebarang pembayaran namun telah memperdayakannya dengan menghantar bukti transaksi kononnya. 

Namun, sebenarnya transaksi itu tidak pernah berlaku sekaligus menyebabkan dia menerima pelbagai jenis barangan dengan cara paling kotor. 

"Dia mengambil tempahan produk keluaran saya banyak dan membuat pembayaran secara dalam talian dan menghantar bukti slip pembayaran menerusi Whatsapp.

"Pada awalnya pihak kami tidak menyedari dia cuba menipu tetapi selepas disiasat sebenarnya pembayaran yang dibuat tidak wujud.

"Pihak saya perasan perkara ini pun beberapa hari lalu selepas mendapati resit pembayaran yang dihantar sebenarnya telah diedit," katanya kepada Mstar Online. 



Kata suami kepada Wawa Zainal ini lagi, dengan bantuan pihak polis, wanita yang menjadi dalang kepada penipuan ini telah berjaya ditangkap. 

"Apa yang saya boleh katakan ia adalah bantuan daripada Allah dan Alhamdulillah suspek berjaya ditahan pihak polis.

"Dia kini ditahan di Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut," katanya lagi. - CARI

Foto: IG Aeril
11

Bagus
2

Marah
19

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 6-7-2017 04:11 PM
kemain lg...

cash la kakak menipu sgt kan
Quote Bujat 6-7-2017 04:15 PM
Ahkak penipu tu nigger kah sis?
Quote likecandy 6-7-2017 04:17 PM
Namun, sebenarnya transaksi itu tidak pernah berlaku sekaligus menyebabkan dia menerima pelbagai jenis barangan dengan cara paling kotor.
Apa maksud ni uolls? Adakah kes ni berkaitan ngan kes dia hari tu yg ada org hantar benda kat dia
Quote kautaumana 6-7-2017 04:25 PM
Bujat replied at 6-7-2017 04:15 PM
Ahkak penipu tu nigger kah sis?

teringat kat @MissNigga pulak miss you...
Quote MarissaMiller88 6-7-2017 04:25 PM
Wahhhh ...kalau selebriti polis tlg ya dgn pantas...kalau rakyat biasa d tipu online beribu2 hanya dpt buat report je..
Quote hyie 6-7-2017 04:27 PM
apebende yang kat leher wawa zainal tu sis?
Quote missinpiece 6-7-2017 04:31 PM
Kena sentiasa compare resit bayaran dgn transaksi online. Kalau sales lebat maula tertipu..
Ps we all kena tipu pembelian online cuma buat report polis dan tunggu jela
Quote CiliPadiSedap 6-7-2017 04:32 PM
lg satu cara menipu

collect order ramai2, minta slip bayaran daripada buyer, han tar resit bank kepada seller.minta seller pos ke alamat kita. masa nak pickup, pick up kt pos laju pakai niqab atau pakai hoodies.  buyer akan bergaduh dengan seller.

sesungguhnya mereka yang menipu makan duit haram akan di telan api neraka. cari rezeki halal itu wajib.
Quote kuzaime 6-7-2017 04:46 PM
MarissaMiller88 replied at 6-7-2017 04:25 PM
Wahhhh ...kalau selebriti polis tlg ya dgn pantas...kalau rakyat biasa d tipu online beribu2 hanya d ...

Kannnn melambak kes buyer tipu seller, seller tipu buyer.. Hujung2nya bnyk yg senyap aje sbb x ada apa2 tindakan yg dikenakan.
Yg Aeril ni pun kenapalah 'pandai' sgt.. Org check dulu acc cnfm payment masuk br hantar brg. Kalau guna cimb lg senang sbb waktu transaksi pun ada. Maybank aje yg leceh sikit sbb x ada waktu transaksi.
Quote nisako 6-7-2017 04:46 PM
bagus dpt tangkap..........
Quote minahmanja 6-7-2017 04:48 PM
hyie replied at 6-7-2017 04:27 PM
apebende yang kat leher wawa zainal tu sis?

hfon rasanya... dia pegang phone tu...
Quote cmf_blingblings 6-7-2017 04:51 PM
Nak sgt tengok rupa penipu ni
Quote Andyscenes 6-7-2017 04:55 PM
Member aku kena tipu minyak wangi beribu  RM gak yg terbang. Smpi skrg xde berita.
Quote -electrifying- 6-7-2017 05:02 PM
oh lima waktu dia punya ka
Quote felinecat 6-7-2017 05:10 PM
ak kene tipu kt mudah beli laptop waktu zaman muda rumaja dlu. cibanat betol, repot pon xbleh buat ape. waktu tahun ke3 kt uni, kawan ak plak kene tipu. ak rse mcm org yg same je. seriously rakyat marhein punye repot akan dijadikan bahan tunggu dan lihat saje ke : kuharap sipenipu dpt ditangkap
Quote pocongkiutss 6-7-2017 05:18 PM
Laaaa..hello dek..dpt resit payment tu tlglahhh cek kat akaun bank tu betul2 ada ke tak

Nak percaya kat orang biar berpada2..ada je org camni, buyer bayar..tak cek..terus pos brg
Quote mrsLucky 6-7-2017 05:19 PM
I pon pernah kena tipu begitu...banyak transaksi yang sama harga..so kita tak perasan..bila buat kali kedua baru i perasan...

I cakap nak buat polis report..dia merayu..janji tak buat lagi..dan terus pi bayar....pelik pakai tudung..keluarga nampak baik2...tapi.penipu..i hairan tul ada manusia begini coz never terpikir pon nak buat gitu pada orang..
Quote pocongkiutss 6-7-2017 05:22 PM
kuzaime replied at 6-7-2017 04:46 PM
Kannnn  melambak kes buyer tipu seller, seller tipu buyer.. Hujung2nya bnyk yg senyap aje sbb ...

Betul tu ..maybank leceh. Tapi kenalah cek juga kan

Maybank slalu tgk pada nama pemegang akaun, tny kat buyer tu nama pemegang akaun yg buat payment tu sapa..tapi tu kalau dia guna maybank2u le kan. Kalau bank in amaun yang sama berderet, guna CDM lak tu, sangatlah payah nak verify  
Quote pocongkiutss 6-7-2017 05:23 PM
Bagi iols kenalah war2kan sapa penjenayah ni

Penipu online ni selalunya mmg takkan insofff

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.076185 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top