|
Kejam, bodoh dan tidak berperikemanusiaan. Itu gambaran paling tepat buat pelaku selepas satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didera dengan kejam tersebar di media sosial hingga mencetus kemarahan orang ramai. Berdasarkan pemerhatian pada video berdurasi 39 saat itu, pergelangan tangan kanak-kanak lelaki malang itu diikat dengan menggunakan tali plastik dan kemudian mangsa digantung pada palang bumbung. Mangsa yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 5 tahun itu menjerit kesakitan dan dilihat berhempas pulas cuba melepaskan ikatan yang menjerut pergelangan tangannya.
Difahamkan, pelaku yang tidak berhati perut itu bertindak menghukum kanak-kanak terbabit hanya kerana kenakalan kanak-kanak itu. Rata-rata yang telah menonton video tersebut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan individu yang bertanggungjawab menyiksa kanak-kanak berkenaan. Ramai mengharapkan pelaku segera ditahan pihak berkuasa serta dikenakan hukuman seberat-beratnya. Bagaimanapun sehingga berita ini disiarkan, lokasi sebenar kejadian itu berlaku masih belum dapat dipastikan. Untuk info, selain masalah kewangan terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan seperti ini . Antaranya mungkin disebabkan pelaku menghadapi tekanan di tempat kerja dan masalah tersebut dibawa balik ke rumah. Oleh kerana gagal mengawal stres, anak-anak yang tidak berdosa menjadi tempat melepaskan geram. Ingat! jika hendak "mengajar anak" biarlah berpada-pada kerana penderaan boleh mendatangkan trauma dan implikasi negatif terhadap kehidupan anak-anak dalam jangka masa panjang. - CARI |
|
18
![]() Bagus |
22
![]() Marah |
20
![]() Terkejut |
20
![]() Sedih |
9
![]() Lawak |
10
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity




boleh luka melecet pergelangan tngan budak tu..nak2 sbb dia meronta2. 
ffbeauties replied at 6-7-2017 05:03 AM
China ke?
Kalau sana macam tak heran dah walaupon kesian amat


ADVERTISEMENT