Kemeriahan beraya masih tetap dirasai meskipun sudah masuk minggu kedua Syawal. Tidak dinafikan berkumpul beramai-ramai ketika hari raya terutama di kampung merupakan momen paling indah. Namun, bagi anak-anak yang sudah bekerja, jangan dilupa ringankan bebanan ibu bapa ketika menyambut anak cucu sempena hari raya itu.
Seorang netizen berkongsi tips bagaimana dia dan adik-beradiknya bekerjasama bagi meringankan beban tenaga, kewangan dan sebagainya yang ditanggung oleh ibu bapa ketika semua anak cucu balik beraya. "Pertengahan puasa, kami dah mula kutip setiap keluarga RM200 untuk tujuan persiapan juada raya. "Duit tersebut dipegang oleh bendahari kehormat dan setiap pembelian barang2 kena ada resit," kata Syah Rizal menerusi laman Facebooknya.
Berikut secara ringkasnya apa yang dilakukan Syah Rizal bersama adik-beradiknya: 1. Kutip RM200 bagi setiap keluarga 2. Menu raya pertama hingga ketiga ditentukan dalam Whatsapp famili. 3. Pembahagian tugas setiap ahli keluarga juga diberikan dalam whatsapp famili. 4. Ibu bapa cuma jadi pemerhati dan tidak perlu buat apa-apa kerja. 5. Lebihan baki duit tadi digunakan untuk membayar bil elektrik dan air yang pastinya naik mencanak bulan berikutnya. Ternyata kaedah yang digunakan telah memberi inspirasi kepada ramai netizen lain. Sehingga menyebabkan mereka juga mahu mengaplikasikan cara serupa dalam keluarga mereka nanti. Memang satu cara yang sangat berkesan! Memang ibu bapa tak minta, namun dengan cara sebegini anak-anak bekerjasama meringankan beban mereka dan mewujudkan suasana positif dan bahagia dalam keluarga. - CARI |
20
Bagus |
25
Marah |
14
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya replied at 4-7-2017 12:24 PM
yg tu pun nk kena letak kt socmed ke.. perlu di ajar ke
fishcracker replied at 4-7-2017 12:36 PM
Tips berguna wajar diviral lgi2 kat adik beradik ipar duai biras bagai yang tau bawak perut je bila ...
chinta89 replied at 4-7-2017 12:29 PM
hahaha.. itu la, perlu diajar ke..
nampak sgt selama ni sorg2 tu x penah pk pjg bila raya.. blk r ...
AyaqMeloSuam replied at 4-7-2017 12:21 PM
Grp waseppp fam.. nasib adik bradik aku 3 ketoi ja.. tmbah adik & kak ipaq jd la 5 ketoi..
...
RatuDunia94 replied at 4-7-2017 12:45 PM
Benda ni pon kena kesepakatan juga.. Senang kalo adik beradik n menantu jenis open minded.
Ada yg j ...
ADVERTISEMENT