CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Empat Bulan Maut Dipercayai Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh

4-7-2017 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7555| Komen: 72


sumber : internet & Sinar Harian


Kira-kira 1.30 petang kelmarin, seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Seksyen 19 di Shah Alam.

Ketika kejadian, Aira Amira Nurul Ridhuan yang difahamkan merupakan cahaya mata sulung pasangan wartawan Sinar Harian, Nurul Ridhuan Nor Ashaha dan Norhafiza Che Abdullah dikatakan tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh pengasuhnya.

Menurut Nurul Ridhuan, sebelum kejadian, anak perempuannya itu tidur di dalam buaian selepas diberikan susu oleh pengasuh.

Nurul Ridhuan berkata pihak hospital akan melakukan bedah siasat ke atas mayat anaknya malam ini sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Felda Besout, Sungkai, Perak untuk dikebumikan.


Beliau mengakui masih di dalam keadaan terkejut dan sedih dengan kejadian itu, namun tetap reda dengan pemergian anak sulungnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.35 petang daripada pihak hospital.

"Buat masa ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian dan sebarang tindakan susulan bergantung kepada laporan bedah siasat itu."- CARI


11

Bagus
14

Marah
23

Terkejut
13

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote singajantan 4-7-2017 11:58 AM
Senang betul tersedak susu kt rumah pengasuh....kt rumah sendiri jarang...

Ada unsur negligence....redha satu hal...tp siasat ttp perlu
Quote harrypoter 4-7-2017 12:02 PM
jenis letak susu kat mulut, pastu biarkan...ke?
Quote kucen_miang 4-7-2017 12:03 PM
sedihnya. hanya 4 bulan dipinjamkan Allah. Innalillah.
Quote Artemesiaa 4-7-2017 12:05 PM
Kes berulang2 kali terjadi saban tahun tapi tetap masih tak ramai yang ambil iktibar
Quote PongKang 4-7-2017 12:26 PM
siannya.. dah la baru naik keje.. confirm pengasuh cuai
Quote missinpiece 4-7-2017 12:40 PM
Siannya..anak sulung pulak tu
Quote tokwanjantan 4-7-2017 12:44 PM
Pada ibu bapa yg ada bayi dan hantar ke nursery atau rumah penjaga, gunakanlah puting susu x cut atau y cut untuk bagi bayi menyusu.  Puting susu jenis ini menghalang bayi daripada tersedak susu botol kerena susu akan keluar apabila dihispa sahaja. Harga tak berapa sen saja beza daripada puting susu yang berlubang satu tu, tapi menjamin keselamatan bayi daripada tersedak susu yang boleh membawa maut. Sayang bayi jangan sayangkan duit! Masalahnya orang kita, lebih sayangkan duit daripada sayangkan nyawa. Bila dah berlaku baharulah sedih dan nangis2 walhal langkah pencegahan ada!
Quote cap_ayam 4-7-2017 12:48 PM
Sedihnya... Takziah buat keluarga..
Quote FanTasyCreaTioN 4-7-2017 12:52 PM
sebab bukan anak sendiri ..
tu pasal pengasuh malas dan sambil lewa sahaja kot

setiap kali pas menyusu .. tak kira breastfeed atau menyusu botol
kena bantu baby untuk sendawa
ada baby ambil masa agak lama untuk sendawa
tu yang pengasuh malas tu kot

Quote yayangmama 4-7-2017 12:54 PM
Allahuakbar.....

sedihnya...dlu ank saya bila amek je leher baju semua bau susu masam

sebelum umur setahun tu risau je stiap kali hanta...risau kalau jadi benda2 mcm ni
Quote FanTasyCreaTioN 4-7-2017 12:55 PM



Quote FanTasyCreaTioN 4-7-2017 01:01 PM
tokwanjantan replied at 4-7-2017 12:44 PM
Pada ibu bapa yg ada bayi dan hantar ke nursery atau rumah penjaga, gunakanlah puting susu x cut ata ...
ha`ah ..
X cut dan Y cut puting susu botol tu membantu untuk mencegah colic dan tak akan keluar kalau baby tak hisap
tapi walaupun guna X cut dan Y cut pun .. tetap juga kena bantu baby sendawa sblom baringkan baby

moga ibubapa arwah tabah .. anak pertama lagi tu

Quote qistiena 4-7-2017 01:08 PM
sedihnya...
takziah kepada keluarga...
anak sulung plak tu...
Quote sayawifenikmie 4-7-2017 01:19 PM

kesian kat parents , syurga buatmu sayang.

saya dua cucu lahir dan membesar di rumah saya .. tapi saya tak berani nak mengasuh dan beri cuc2 saya minum susu atau makan .... takut tersedak ...

kadang2 pengasuh mengasuh ramai babies .. maybe depa mains endal botol susu kat dalam mulut babies dengan bantal nak kasi terletak  kat mulut ...
Quote she 4-7-2017 01:24 PM
Bagi baby mnyusu dalam buai :

Pengasuh tengok tv pastu botol dah kosong...boleh cabut botol sambung tengok tv :
Quote fishcracker 4-7-2017 01:25 PM
Jangan pernah tinggalkan baby tengah menyusu botol,n macam forumer fc kate tolong sendawakan baby
Quote Jorja 4-7-2017 01:27 PM
Dugaan orang yang ada anak lain.. yg tak ada anak pun lain.. masing2 ada ujian dariNya
Quote ms.mango 4-7-2017 01:47 PM
ergghhh...baca berita mcm ni, mmg rasa nak berhenti kerja je jaga anak sendiri...
Quote sebu1 4-7-2017 02:02 PM
Sedihnye aku tgk gambar

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.267578 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top