CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Kisah Judika Menikahi Wanita Batak Paling Cantik

4-7-2017 10:57 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 20200| Komen: 56

Penyanyi solo lelaki dari seberang yang paling aku minati adalah JUDIKA. Bekas Idol Indonesia itu mempunyai kekuatan tersendiri. Vokal mantap dan sedap didengar! Tetapi wajahnya biasa biasa je. Setakat ini berbelum berkesempatan bertemu apa lagi berbual dengan pemuda Batak ini. Semasa bertugas di radio,  lagu `Aku yang tersakiti’, salah satu dari my favorite list! 


Judika Nalon Abadi Sihotang ini  mengingatkan aku distinasi percutian yang paling best di Indonesia selain dari Bali dan Jakarta. Secara peribadi sudah empat kali aku bercuti ke Danu Toba @ Pulau Somasir termasuklah bersama keluarga. Lokasi ini adalah antara keajiban dunia, sebuah pusat pelancongan di pulau yang dikelilingi danau bekas gunung berapi. 

Horas!!! Danau Toba, memang cantik dan cuaca terasa dingin.  Drama sangat bila aku pernah tinggal di homestay dan jadi keluarga angkat orang Batak! Bayangkan, di bawah rumah itu anak- anak babi comel berkeliaran dan aku terpaksa mandi di danau yang dingin itu. Ah, macam tak percaya! 


Kota Parapat merupakan satu kota kecil yang yang menjadi pintu masuk ke Danau Toba, Sumatera Utara. Pelancong akan mengambil jalan dari Kota Permatangsianta menuju ke Parapat sebelum menaiki feri menuju ke  Pulau Samosir. Maaf, bukan nak  cerita tentang pelancongan, tapi aku hendak cerita tentang Judika, Pilihan Expose minggu ini. 

Apa yang menarik tetang penyanyi kaya raya ini, adalah perkahwinannya dengan gadis Batak paling cantik di Indonesia. Tak percaya?   

Kisah cinta mereka bermula, di saat Judika diundang untuk acara Natal, tapi terlambat disebabkan kesesakan luar biasa di Jakarta. Itu adalah standard.

“Bila sampai di pentas utama, ternampak seorang gadis sangat cantik! Tadinya terburu-buru tapi langkahku terhenti. Aku harus tahu siapa dia, ” cerita Judika yang kebetulan muncul dalam acara drama muzikal Christmas – Love in Harmoni SCTV, di studio Emtek City, Daan Mogot, Jakarta Barat.  

Lalu, Judika meminta rundown acara dan melihat bahawa wantia cantik itu bernama Duma Riris Silalahi, Puteri Indonesia 2007. Dan seterusnya memenangi Miss International 2008. Ini jodohku, katanya dalam hati. Satu petanda dia tak pernah berjumpa wanita Batak secantik itu. Masih gadis kelahiran dari pulau Somasir itu masih mengekalkan identiti suku kaumnya. 


“Tapi waktu dipanggil di atas panggung, dia berdiri di sampingku. Kok tinggi sekali, kurang enak di pandng mata ”, kenang Judika dengan rasa rendah diri.  Setelah bersusah payah berkenalan di belakang panggung dan berbual, Judika semakin yakin, itu adalah jodohnya.   

Namun masalah ketinggiannya masih mengganggu fikirannya. Hinggakan dia terlupa meminta nombor telefon Duma. Dia mengejarnya sampai keletihan dan akhirnya Judika terpaksa mengalah dan minta bantuan pengurusannya untuk mendapatkan nombor telefon Duma. 

Ketika itu Puteri Indonesia yang sama setarafnya dengan Ratu Malaysia,  sudah hampir masuk kereta dan akhirnya memberikan nombor telefonnya pada pengurus penyanyi lelaki yang turut diminatnya.

“Sampai di rumah aku masih ragu, untuk menghubunginya kerana aku pendek sekali. Tetapi kalau boleh inilah caranya memperbaiki keturunan”, ujar Judika, lalu memberanikan diri dan ternyata Duma pun memiliki perasaan yang sama. 

“Sejak pertemuan itu, wajah Duma sering terbayang. Makan pun tak lalu, aku diserang  virus cinta”,  kata Judika dalam loghat Batak yang masih kental. 

Foto: Carian internet
Kini Duma dan Judika adalah pasangan suami isteri yang sedang bahagia yang tak mungkin terpisah oleh penghalang apapun. Mereka sedang menunggu cahaya mata kedua. Namun tahukan anda, Judika hampir saja mengurangkan niatnya untuk menjadi suami Duma kerana tubuhnya yang pendek dan gempal.
Hubungan percintaan mereka ditentang oleh keluarga Duma dan mengambil masa lima tahun untuk merestuinya. 

Keluarga Duma mahu memastikan pemuda itu adalah calon yang paling sesuai untuk anaknya yang cantik itu walaupun dari suka kaum Batak. Malah keluarganya Duma pernah menyuruh anaknya mengakhiri hubungannya dengan Judika. Kebetulan Duma sudah mempunyai pacaran seorang doktor. 

Lagu hit Judika seperti, 'Mama Papa Larang' dan 'Aku yang Tersakiti' dan curahan kisah cinta mereka dalam lagu. 
19

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
18

Sedih
24

Lawak
48

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 4-7-2017 11:02 AM
Mama Richie taste tak dgn judika ni?
Quote MissMamamia75 4-7-2017 11:05 AM
Maafkn akak yg agak ketinggalan zmn..selama ni akak ingat JUDIKA ni nama kumpulan..huhu..ampuni lah daku
Quote kiah_mai_pulak 4-7-2017 11:07 AM
Ehh apa ke bangang author ni buat article masa yindon pastu sumbat dlm board gossip tempatan.. kan kata bodo kan marah..
Quote qistiena 4-7-2017 11:34 AM
bukan ke nie berita lama...
Quote barfi 4-7-2017 11:40 AM
Masuk la ke bod antarabangsa.

Tapi suara judika memang tangkap leleh..
Quote Changa 4-7-2017 11:59 AM
motif bercelaru jah artikel nya,
ke hulu ke hilir atas bawah cerita nya....
banyak pula cerita2 sampingan yang tak perlu sampai kan babi2 berkeliaran bawah rumah pun nak mencapub jugak
Quote abangadek 4-7-2017 11:59 AM
cantik bangettt bini dia
Quote mieymiey 4-7-2017 12:01 PM
Kebetulan Duma sudah mempunyai pacaran seorang doktor??
Namun akhirnya jodoh gadis Batak paling cantik ini ternyata dengan Judika.
Quote EhhEtonLahh 4-7-2017 12:10 PM
biasa biasa je....
Quote Star_el 4-7-2017 12:11 PM
aku konpius artikel ni bahasa apa???
Btw, tinggi anak bukan ke drpd ayah? Berat anak yg ikut mak.
So xleh perbaiki keturunan gak.
Quote onexox97 4-7-2017 12:12 PM
dah berpacaran dgn doktor pun boleh pasang penyanyi lagi
Quote matjambu 4-7-2017 12:17 PM
ade plak kisah cik piggy comel berkeliaran..loya hokeyh
Quote tintalangit 4-7-2017 12:19 PM
Edited by tintalangit at 4-7-2017 12:21 PM

baru ku tau judika tu retis tempatan....

hah..,, momod apa lagi ?

mcm biasa momod berat sebelah  yg panas ponggong bila kena kritik akan bagi alasan dia tak ada power nak humban benang editor cari
Quote MH3709 4-7-2017 12:30 PM
INDON LAHANAT...
Quote kucen_miang 4-7-2017 12:31 PM
Changa replied at 4-7-2017 11:59 AM
motif bercelaru jah artikel nya,
ke hulu ke hilir atas bawah cerita nya....
banyak pula cerita2 sa ...

maksud tersirat....achik Richie taste ngan judika.
Quote annehuda 4-7-2017 12:32 PM
wanita kaum batak pls

memandangkan judika ni penyanyi seberang patut tak aku letak thread ni kat bod antarabangsa? ape kata forumer sekalian?
Quote kucen_miang 4-7-2017 12:32 PM

bulih la kalo dibandingkan dgn @carforum yindon kepam berkerak tu.
Quote fizamn 4-7-2017 12:32 PM
menipoo sgt judika oii.. dah miss indon mmg ler lawa....
Quote carforum 4-7-2017 12:35 PM
annehuda replied at 4-7-2017 12:32 PM
wanita kaum batak pls

memandangkan judika ni penyanyi seberang patut tak aku letak thread ni kat  ...

tak payah kat bod semasa lagi ramai orang seberang letak je kat sini dah betul

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 1.591068 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top