CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Mee Bandung Muar Asli Kini Bukan Lagi Rahsia

3-7-2017 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17298| Komen: 20|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Mee Bandung Muar adalah salah satu makanan yang tidak asing lagi di kalangan penggemar mee seluruh Malaysia. 

Rasanya sangat enak kerana dihidangkan bersama daging, udang, telur dan sayur. Kuahnya juga lebih pekat berbanding mee rebus lain membuatkan bahan-bahan di dalam mee bandung Muar lebih "KAW" dan menyengat.


Tiba-tiba teringin nak makan mee bandung Muar pula tapi tak kan nak kena pergi Muar kan. Buat penggemar mee bandung Muar, mulai hari ini anda boleh mencuba sendiri resepi ini di dapur anda. 


Bahan-bahan:-
Mee kuning
1 labu besar bawang merah besar

5 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar
2 sudu besar kacang tanah *digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus =
1 sudu besar udang kering (tumbuk) *kalau suka boleh lebihkan. 
Daging *hiris nipis dan direbus.
Air rebusan daging
Ayam /Sotong /Udang Galah *ikut suka nak letak apa
Ubi keledek oren *rebus dan tumbuk/lenyek/kisar
Sos cili 
Sos tiram 1 sudu besar
Kiub pati ayam
Garam, gula secukup rasa
Telur, Fishball, fishcake,
Sayur sawi 
Cili padi merah/ cili besar
Daun sup, Limau kasturi, Bawang goreng

Cara-cara:
Kisar bawang dan tumis dgn cili kisar. Tumisla sampai cili masak dan wangi. Kemudian masukkan udang kering dan kacang tanah. Kacau2 bagi garing.
Kemudian saya buh ayam yg dipotong kecik2, dan sedikit air, sbb x de stock daging, so air rebusan daging pun skip la. Biasanya saya letak daging, kuah rasa lagi kick!
Pastu kacau2 ayam sampai separuh masak bolehla tambah air utk kuah. Agak2la air tu ye.. pastu boleh buh isi keledek, kiub pati ayam, garam, gula. Juga lauk2 lain.. sotong/ udang/ fishball/ fishcake.
kemudian pecahkan telur. Last sekali masukkan sayur, daun sup dan cili merah. Kemudian tabur bawang goreng dan perah limau kassturi di hidangan masing2. Kalau ada cili jeruk lagi best .
Oh ye.. sayur dan fishball/ fishcake saya rebus asing sbb x terus makan.

Sekali dah pandai masak mee Bandung Muar ini pasti nak cuba lagi dan lagi! Silakan mencuba. - CARI.



Sumber - Resepi Masakan Istimewa By Qamra Lyssa
22

Bagus
35

Marah
24

Terkejut
11

Sedih
29

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 3-7-2017 09:41 PM
Semua pun nk ngaku rahsia mi bandung asli

Haritu tgk rancangan tv dia gi kedai yg mengaku mi bandung paling asli. Kne rebus tulang lembu dlm kuah mi bandung tu.
Quote sueburn 3-7-2017 09:59 PM
Akak masak gune pes mi bandung mak pon je..
Quote Zasss777 3-7-2017 10:05 PM
Bnyk dah jual pes mee bandung yg sedap sedap. Cepat dan mudah! Huhuhu
Quote umbut 3-7-2017 10:42 PM
Beli je lah..
Quote lesprincesse 3-7-2017 10:46 PM
Nak tanya, mi bandung ni memang kalau yg asli memang rasa manis2 sikit ye?
Quote watieabe 4-7-2017 08:23 AM
Yes...  Boleh cuba resepi ni pulak..  Tq
Quote EncikRhoma 4-7-2017 09:45 AM
lesprincesse replied at 3-7-2017 02:46 PM
Nak tanya, mi bandung ni memang kalau yg asli memang rasa manis2 sikit ye?

ye..manis dari ubi tu rasanya
Quote anaktoyol 4-7-2017 11:14 AM
saya guna perencah mee bandung mak pon atau adami...tu pun dah sedap...
Quote masz83 5-7-2017 12:36 AM
kt muar tu saja pun da macam rasa mi bandung nye... so tatau yang mana yang asli... huhuhu
Quote Tehtarik2017 5-7-2017 09:13 PM
Tak suka mee bandung ni...
Quote nisako 6-7-2017 01:47 PM
sedapnye...................
Quote jointhecurse 10-7-2017 04:13 PM
nmpk sdap!
Quote vanillaninja 11-7-2017 12:03 PM
First time makan mee bandung Muar semalam. Ok la nampak exactly macam dalam gambar atas ni
Quote resepiasia.com 27-4-2019 12:11 PM
seeeedddapppp gillaaaaa
Quote mesmerize 27-4-2019 07:59 PM
bila balik johor ai beli rempah segera mee bandung kat pasar tani..cap baraqah..
sedap n pekat.. senang pulak tu curah aje dalam periuk campur air n kalau nak lagi sedap tumis la bawang merah bawang putih halia kisar pastu masukkan dalam campuran rempah n air tu sekali.. wajib kena letak tulang lembu n daging.. kalau takde macam kurenggg je rasa mee bandungnya.. pastu ikut la nak letak udang, sotong, fishcakes n ke fishballs ke .. pastu kalau suka kuah rasa masam2 sikit letak la sos tomato sebab rempah ni manis sikit.. n last hidang dengan tauhu goreng n sawi.. memang sedapp
Quote Airis 17-5-2019 04:17 PM
lesprincesse replied at 3-7-2017 10:46 PM
Nak tanya, mi bandung ni memang kalau yg asli memang rasa manis2 sikit ye?



Manis tu patut datang dari udang kering yg ditumbuk/blend.. lagi byk letak lagi sedap..

Kalau guna rempah mee bandung segera tu saya prefer brand Maharani.. pedas sikit compare dengan yg lain. Saya org Muo, memang dah biasa makan mee bandung.. kat KL ni belum jumpa yg kaw.. kat Shah Alam ada.. salah satu kat Restoren Pak Anjang Beriani.. now dah lama tak pegi Restoren tu..
Quote bidadari_tyco85 19-5-2019 03:58 PM
Sedapnya..moga bahan cukup tuk masak resepi ni..
Quote neuron.takeshi 19-5-2019 04:11 PM
Boleh cuba ni
Quote Apoptosis 23-5-2019 02:19 AM
Tehtarik2017 replied at 5-7-2017 09:13 PM
Tak suka mee bandung ni...

Sama tak suka. Sejenis allergy

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061196 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top