Bagi membantu golongan asnaf, Yayasan Al-Bukhary dilaporkan menyediakan perkhidmatan penghantaran van jenazah secara percuma untuk masyarakat di Perak. Memetik laporan Bernama, pengurus 'Van Jenazah Al-Bukhary' cawangan Perak, Roslan Ali perkhidmatan tersebut telah diadakan sejak Disember lalu dan segala permohonannya perlu lengkap untuk direkodkan dan dilaporkan kepada pihak Yayasan Al Bukhary. "Selain memudahkan proses penghantaran jenazah dalam kariah, dalam negeri atau ke luar negara, van tersebut turut dilengkapi dengan ruang atau tempat memandikan jenazah supaya tidak perlu untuk meminjam tempat mandi jenazah dari surau atau mengusung bawa ke rumah si mati." Difahamkan kira-kira 60 golongan asnaf atau tidak berkemampuan telah menggunakan perkhidmatan tersebut setakat ini.
Sementara itu, golongan berkemampuan juga boleh menggunakan perkhidmatan van tersebut, namun mereka akan dikenakan bayaran mengikut jarak perjalanan, elaun pemandu, tol dan lain-lain. "Hasil daripada bayaran tersebut akan digunakan oleh pihak kami untuk membeli semula peralatan dan barangan berkaitan pengurusan jenazah bagi kegunaan golongan kurang mampu," katanya. Beliau berkata warga Perak yang memerlukan perkhidmatan berkenaan boleh menghubunginya di talian 016-5420758.- CARI
|
19
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
9
Sedih |
22
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT