Memiliki anak yang sedang membesar, penyanyi Tomok mengakui Arrianshah Akid, 5 mempunyai kecenderungan terhadap bidang nyanyian dan muzik.
Namun, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 32 mengakui tidak menggalakkan si kecil itu menceburi bidang seni kelak. "Permulaan kerjaya saya menyanyi bermula seawal usia remaja bersama kumpulan New Boyz dan pengalaman yang saya lalui amat berliku. "Saya tidak mahu Arrian menerima nasib yang sama kerana saya tahu bagaimana sukarnya untuk bergelar seorang anak seni," katanya kepada Astro Gempak. Dalam masa yang sama, Tomok berkata dia terpaksa menerimanya jika itu adalah impian Arrian suatu hari nanti. "Namun saya tidak menghalangnya untuk bergelar anak seni, jika itu adalah impiannya.
"Tetapi dia perlu belajar bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk mencapai cita-citanya sebagai anak seni," ujarnya lagi. Ini kerana sebagai seorang bapa, dia akan menyokong apa sahaja cita-cita anaknya. "Saya tidak akan menghalang anak saya untuk mencapai cita-citanya asalkan apa yang dilakukan itu betul dan tidak salah," katanya. - CARI |
15
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 3-7-2017 04:24 PM
Tomok dah rasa dulu start menyanyi masa masih bersekolah.. Study pon main2 sbb kecap populariti seke ...
terpaku replied at 3-7-2017 04:05 PM
ayam gurrringggg... arrian tomey dan bijak.. syukur tak dipaksa bekerja demi menampung ibu bapa yang ...
rospinki replied at 3-7-2017 05:03 PM
maaf ckpla..tomok nyanyi tak sedap..aku pun tak fhm kenapa dia mcm baguih2 je dari penyanyi lain.. ...
surwanis replied at 3-7-2017 04:04 PM
OFF TopiK SAT
ANAK SAPE YG CKP KLATE TU..YG DUK VIRAL KAT UTUBE
ADVERTISEMENT