Alhamdulilah kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri lagi tahun ini dengan AMAN, DAMAI dan HARMONI. Dalam kegembiraan kita menyambut Hari Raya, kita terlupa untuk menjaga sifat yang suka menjaga kepentingan sendiri.
Sebagai contoh: Semasa abanG pergi ke restoran makanan segera masa Raya ke-5 kelmarin, abanG lihat banyak sisa makanan dan bekas makanan yang tidak dikemas pemandangan ini menjadikan keadaan sekeliling saling tak tumpah seperti tempat pembuangan SAMPAH! Ye macam makan dikelilingi SAMPAH. Tahap kesedaran masyarakat tentang kebersihan dan angkat buang sisa makanan masih RENDAH! Betul!
Di setiap restoran makanan segera mereka mempunyai pekerja yang akan TOLONG bersihkan sisa makanan korang. Mereka akan TOLONG buangkan bekas makanan korang. Mereka akan TOLONG tanpa banyak soal kerana dah itu kerja mereka, kan. Setidak-tidaknya KITA TOLONGLAH letak sisa makanan dan bekas makanan atas TRAY balik kalau malas nak jalan dan buang, tak susah pun. Masa abanG pergi makan tempoh hari sempat juga tegur PEMUDA di meja sebelah. Teguran MANJA abanG kerana sisa makanan mereka dari restoran Lain dan bekas POLISTERIN mereka juga dari restoran luar…..COME ON LAH….. walaupun pekerja restoran itu tak akan berbunyi kerana menjaga HATI dan MUKA. KITA! Sebagai Pelanggan mereka perlu tahu dan bijak berfikir, jangan JADI `PANDAI’ SOMBONG. Sebenarnya, perkara ini bermula dari diri KITA: Kita tak makan sampai habis – DIRI KITA YANG SUKA MEMBAZIR. Kita tak kemas sisa makanan – DIRI KITA YANG SUKA KEKOTORAN. Kita tak buang bekas makanan – DIRI KITA YANG SUKA SAMPAH. Kalau di rumah kita harapkan mak, isteri, kakak, bibik kita untuk cuci dan buang sisa makanan kita. JANGANLAH kita ingat mereka (Pekerja Restoran) itu sebagai balaci kita…..ADAB kat mana? Ajar anak-anak dan diri kita sendiri untuk makan sampai habis dan kemas semula sisa makanan selepas makan, bukan hanya di restoran makanan segera TETAPI bermula dari RUMAH KITA. Kita nak orang bangga dengan kita, hormat dengan kita tetapi MENTALITI kita masih rendah tentang kebersihan. Setiap apa tindakan dan kelakuan kita bukan untuk KITA hari ini. TETAPI UNTUK MEREKA DI MASA AKAN DATANG Lepas ni abanG nak buat satu Projek “KEMAS DAN MAKAN SAMPAI HABIS” Here the plan, abanG nak pilih beberapa restoran makanan segera dan duduk di sana dalam 30 minit atau 45 minit. abanG nak jadi MATA-MATA…. Mana-mana pelanggan yang makan sampai HABIS dan BERSIHKAN sisa makanan meraka, abanG nak bagi rewards/hadiah….. bukan nak cari NAMA tapi untuk kesedaran MASYARAKAT. JOM kita buat Projek “KEMAS DAN MAKAN SAMPAI HABIS.” Maaf zahir batin – Selamat hari raya. Love – abanG |
22
Bagus |
28
Marah |
38
Terkejut |
34
Sedih |
26
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AznieBunnie replied at 30-6-2017 05:29 PM
byk kali kena, bila kita bersihkan meja, ada jer umat-umat kekonon high class gelakkan. tak tau la c ...
haniryan replied at 1-7-2017 11:43 PM
Satu lagi bila p jemputan kenduri... berbulu ja tgk tetamu dah dibagi makan, sudah makan blah mcm tu ...
uda replied at 30-6-2017 10:46 PM
Dah macam budaya orang malaysia. makan habis bersepah satu meja.
Hari raya ke 2 lalu, I gi KFC sbea ...
ADVERTISEMENT