CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Toyol' Beraya Dengan Mencuri PS4

30-6-2017 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3841| Komen: 13

Description: Di kala umat Islam berhari raya, sekumpulan remaja ini mencuri PlayStation 4. Harian Metro melaporkan, remaja belasan tahun terbabit memecah masuk sebuah kios di kompleks perniagaan di Seksyen 9, Shah ...
Di kala umat Islam berhari raya, sekumpulan remaja ini mencuri PlayStation 4. Harian Metro melaporkan, remaja belasan tahun terbabit memecah masuk sebuah kios di kompleks perniagaan di Seksyen 9, Shah Alam pada Ahad lalu.



Foto: Harian Metro

Lebih RM3,000 kerugian ditanggung kios menjual alat permainan berkenaan selepas suspek melarikan satu unit permainan jenama Sony berharga RM2,957 itu serta beberapa peralatan permainan lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat, kebanyakan premis lain di kompleks berkenaan ditutup dalam kejadian di pagi raya pertama itu.

"Pemilik kios hanya menyedari kejadian itu sebaik saja mahu membuka perniagaannya Selasa lalu.

“Kios itu terletak di bahagian IT (teknologi maklumat) di tingkat paling bawah,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Shafien, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan imej empat remaja berusia belasan tahun dipercayai terbabit kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut diteruskan bagi mengesan suspek,” katanya.

Sementara itu, turut dimuat naik menerusi Facebook adalah gambar rakaman CCTV yang memaparkan dua remaja lelaki dengan seorang daripadanya memakai baju Melayu berwarna hijau kebiruan, dipercayai terbabit dengan kes itu. - CARI
13

Bagus
14

Marah
21

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 30-6-2017 11:11 AM
  x pi solat raya la ni.

mohon sebat je bdk2 ni
Quote miemiecha 30-6-2017 11:22 AM
byak duit wayer depa tahun ni.. 2017 tahun gajet raya
Quote putehkundor 30-6-2017 11:24 AM
Bohsia sekor tue sempat pakai baju melayu lagi
Quote Skuau 30-6-2017 11:27 AM
'Bukan salah ibu mengandung.....'
Quote oneders 30-6-2017 11:54 AM
alang alang pecah kedai, ambil aa 3 4 set..
Quote EJALTI 30-6-2017 11:55 AM
Kalau dapat 'toyol'2 tuh, titik cukup2, macam titik serai nak buat lauk...
Quote lolita737 30-6-2017 03:50 PM
time hari raya ko buat keje yer dik..
Quote matamata 30-6-2017 04:00 PM
masuk sekolah jahatlah
Quote giyomi 30-6-2017 06:11 PM
kurang dpt tunjuk ajaq dr keluarga. Mak bapak, silal lah cek2 bilik ,almari, bawah katil dan beg ank2 dari masa semasa ek, depan mak bapak alim, sampi sejuk perut ibu tgk anak depa menjadi konon, tp bl dgn kengkawan sealiran, Masya Allah... macam toyol.
Quote Artemesiaa 30-6-2017 06:14 PM
Anak sapa le tu kan dah kantoi dek cctv
Quote ultra78 30-6-2017 06:19 PM
Ada duit tak utk beli game ps4?
Quote Pink_Purple 30-6-2017 06:45 PM
kecik2 xmau mampos,

besar2 nak mencuri
Quote sekngucing 30-6-2017 06:50 PM
kasi mati ajelahhh..... kasi licin kanak kanak malaysia ni...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.085489 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top