Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Taktik licik tiga lelaki mengaburi mata polis gagal apabila dadah yang disembunyikan di dalam patung 'Mickey Mouse’ dapat dihidu pihak berkuasa.
Penjenayah terbabit ditahan di sebuah rumah di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, Isnin lalu, lapor Bernama. Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kepada media semalam, pihaknya menemui patung berkenaan di bawah katil di dalam sebuah bilik di kediaman itu. “Apabila pemeriksaan dilakukan ke atas patung berkenaan, polis menemui empat botol plastik cerah mengandungi heroin seberat 22 gram, 65 biji pil Eramin 5 dan empat biji pil Methamphetamine yang kesemuanya bernilai RM5,023," katanya.
Suspek berusia antara 25 hingga 27 tahun dan dua daripadanya merupakan seorang buruh, manakala seorang lagi nelayan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. "Kesemua mereka turut didapati positif dadah ketika ditahan," katanya. - CARI
|
7
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT