Raya meskipun seronok diraikan namun pasti ada banyak yang kelat di sebaliknya. Hanya yang mengalami sahaja yang faham apa yang tersurat dan tersirat.
Seperti biasa, bagi saya sambutan raya amat sederhana. Tiada kemeriahan atau pesta yang melampau-lampau. Selepas tiga hari raya, semua kembali macam biasa. Tiada juga soalan-soalan cepumas yang menyakitkan jiwa. Bagaimanapun, secara tradisinya masih ramai yang menyambut hari raya penuh meriah, kunjung-mengunjung dan membuat rumah terbuka selama sebulan. Kepada yang berkemampuan dari segi, masa, kesihatan dan kewangan, silakan. Tatkala waktu kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara, pasti ada sajayang saudara-mara yang sudah lama tidak bertemu akan menyapa. Walau sekadar bertujuan untuk menyapa, namun ada kalanya soalan mereka tetap berbisa dan menyentap perasaan. SOALAN-SOALAN LUMRAH YANG DITANYA PADA SI DARA DAN SI BUJANG 1. Bila nak kahwin? (Untuk mereka yang belum bertemu jodoh). 2. Belajar kat mana? (Untuk mereka yang sudah habis sekolah). 3. Kerja apa? (Untuk mereka yang sudah bekerja). 4. Pakai kereta apa? (Untuk mereka yang sudah berkereta). 5. Kawan kerja apa? Orang mana? (Untuk mereka yang sudah ada pakwe/makwe). SOALAN-SOALAN LUMRAH YANG DITANYA PADA PASANGAN MUDA 1. Dah ada isi? (Untuk mereka yang baru kahwin). 2. Mana cukup satu aje. Bila nak tambah? (Untuk mereka yang sudah ada anak satu). 3. Duduk rumah sewa ke beli? (Untuk mereka yang menetap di bandar). 4. Berapa harga rumah? (Untuk mereka yang sudah beli rumah). 5. Kereta hutang lagi ke dah habis bayar? (Untuk mereka yang pakai kereta lama). SOALAN-SOALAN LUMRAH UNTUK PASANGAN/INDIVIDU BERMASALAH 1. Kenapa suami/isteri tak balik sekali? (Untuk mereka yang beraya solo atau dengan anak-anak sahaja). 2. Ada orang baru ke? (Untuk mereka yang sudah bergelar ibu atau bapa tunggal) 3. Dah dapat kerja lain ke belum? (Untuk mereka yang berhenti kerja). 4. Bisnes ok? Boleh ke menampung hidup? (Untuk mereka yang kelihatan tidak begitu mewah). 5. Wah sihat kau sekarang! (Untuk mereka yang semakin gemuk). Itu adalah sebahagian soalan yang sering dilontarkan oleh saudara-mara kepada kita yang balik beraya ni. Agak-agak apakah cara terbaik untuk menjawab soalan-soalan cepumas ini? CARA MENJAWAB SOALAN CEPUMAS Sebenarnya soalan-soalan tersebut adalah soalan biasa. Bagaimanapun kesannya bergantung pada niat orang yang bertanya dan perasaan orang yang mendengar. Jika niatnya ikhlas untuk bertanya tidak mengapa. Bagaimanapun, selalunya soalan itu terhasil daripada orang-orang yang rasa bahawa diri dan keluarganya lebih ‘hebat’ atau ‘berjaya’ daripada anda sekeluarga. Biasanya mereka akan memulakan kisah-kisah besar dalam ahli keluarga. Mengenai cucu-cucu mereka, kenaikan pangkat, kereta baru, rumah baru yang mahal dan bermacam-macam lagi. Kemudian, barulah mereka akan melemparkan soalan kepada anda tujuannya adalah sebagai perbandingan. Jadi, untuk menyelamatkan anda daripada soalan-soalan ini dengan mudah, anda perlulah bercakap besar. Gembar-gemburkan segala kejayaan dan harta kekayaan anda untuk mematahkan hujahnya. Bagaimanapun, bukan semua orang suka bercakap besar. Ramai yang lebih senang merendahkan diri. Tidak melilit emas berlian di lengan atau mengenakan baju dan tudung berlabuci serta batu swarovski. Pendek kata tidak suka menunjuk-nunjuk. Biarlah orang nampak cikai tak mengapa. FIKIR DULU SEBELUM JAWAB Senyum dan tenangkan diri. Semua soalan itu sebenarnya tidak perlu dijawab dengan lurus. Berilah jawapan kiasan atau rencong. Kalau dia tanya, anda tanyalah dia balik. Contohnya jika soalan mak saudara anda berbunyi, “Berapa harga rumah kau?” Anda boleh jawab begini, “Alah sekarang ni rumah mahal, kat Johor ni pun dah mahal kan? Berapa rumah Kina beli?” Pasti dia akan menjawab dengan senang hati kerana memang dia nak bandingkan harga rumah anda dengan rumah anaknya. Begitulah adanya cara terbaik untuk anda menjawab sesuatu yang anda mahu simpan sebagai rahsia. Tidak perlu terikut-ikut gaya orang yang suka menunjuk-nunjuk. Kadang-kadang memang geram dan kita pasti hendak menjawab dengan gah juga tapi tak perlu. Nanti timbul riak pula. Anda perlu faham, bukan semua adik-beradik anda orang senang. Jadi, seboleh mungkin janganlah sampai terdengar sesuatu yang kurang enak dari mulut anda. Tentang orang lain, biarlah kerana memang sudah begitu cara mereka atau sememangnya semua anak-beranak mereka berjaya dan kaya-raya belaka. Jadi, biarlah dia menghebahkan kejayaan mereka. LANGKAH SELAMAT SIBUKKAN DIRI Jika anda sememangnya tidak mahu diterjah dengan pelbagai soalan, sibukkan diri. Misalnya memasak, mencuci pinggan, melayan anak-anak dan anak saudara atau pun sebarang kerja yang dapat mengelak anda daripada bersemuka dengan saudara yang mulut ‘laser’ atau ‘kepohci’. Saranan di atas adalah sebagai pandangan peribadi saya. Anda mungkin mempunyai cara tersendiri yang lebih bijak. Bolehlah kongsikan di ruangan komen sebagai panduan pembaca yang lain. Semoga kita tetap gembira meraikan Idul Fitri ini tanpa memutuskan sillaturrahim sesama kita. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Salam Hormat, Liza Ali Fb: Lizaali Penulis IG: Lizaali Penulis
|
20
Bagus |
23
Marah |
30
Terkejut |
17
Sedih |
18
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
salimrock replied at 29-6-2017 03:02 PM
ko ngisap lagi ke?
ada stok?
gerbera.memopad replied at 30-6-2017 01:28 AM
Tak tahulah nak komen org tp aku tak terasa pun org tanya mcm2 masa raya. But instead, mak aku plak ...
ADVERTISEMENT