Nama Azwan Ali, 51, atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA sentiasa 'panas' menjadi sebutan ramai walaupun sudah jarang muncul di kaca televisyen.
Mana taknya, kebanyakan status di laman Instagram (IG) miliknya sering mencetuskan kontroversi. Ada sahaja yang menjadi tajuk panas di portal berita. “Why bother, why bother, why bother. Saya tak pernah kisah dengan cemuhan dan hinaan daripada mereka. “Saya bercakap atas kapasiti sebagai rakyat negara ini mahupun penonton tv. "Kalau tidak boleh menerima kritikan, bagaimana nak maju industri seni hiburan tempatan,” katanya kepada Sinar Online.
Bagaimanapun, akhbar berkenaan melaporkan Azwan sedar segelintir pihak terasa dan kurang senang dengan kelantangan kata-katanya. "Saya mohon maaf kepada semua, jika selama ini terasa hati dengan apa yang saya katakan. "Sebagai manusia, sudah pasti tidak lepas daripada melalukan kesilapan. Saya juga sudah memaafkan semua orang di sekeliling saya. Saya anggap apa yang berlaku itu biarlah berlalu," katanya. Memetik Sinar Online, setiap kali menjelang Syawal, Azwan akan mengunjungi Tanah Suci dan dia kini sedang menunaikan umrahnya yang ke-10. “Saya selesa memilih jalan hidup begini. Saya sebatang kara, tidak ada keluarga. Jadi, setiap kali Syawal, saya akan bermunajat kepada ALLAH SWT. “Tenang rasanya apabila berada di hadapan Kaabah sambil mulut terus berzikir mengingatiNya. Itulah kepuasan sebenar yang saya rasakan,” jelasnya. Menurut Azwan, dia lebih selesa menghadap Sang Pencipta di hadapan Kaabah di saat orang lain meraikan hari raya. "Saya tak fikir pasal raya pun saat berada di Tanah Suci. Apa yang difikirkan, apakah akan ada lagi saya di sini (Makkah) pada tahun-tahun mendatang? "Adakah ALLAH SWT akan terus menjemput saya sebagai tetamu-Nya pada masa akan datang? Hanya itu yang saya fikirkan," katanya. Kalau Diva AA berubah ke arah kebaikan dan terus istiqamah, baguslah kan? Apa pula kata anda? - CARI
|
11
Bagus |
29
Marah |
22
Terkejut |
22
Sedih |
27
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput replied at 28-6-2017 04:03 PM
meols perati piccas heshe di tanah suci kali ni semuanya senyum2 girang...no more muncung2 acah kuru ...
Aduradura replied at 28-6-2017 04:17 PM
Tapi mcm kesian+sedih plak biler tgk video yg anak azmin tegur heolls kat mekah tuuu...
Aduradura replied at 28-6-2017 04:17 PM
Tapi mcm kesian+sedih plak biler tgk video yg anak azmin tegur heolls kat mekah tuuu...
skinsandstars replied at 28-6-2017 04:27 PM
Anak sdara dia cakap apa?
Aduradura replied at 28-6-2017 04:45 PM
Azmin and bini & anak perempuan heolls pun pgi mekah jugak...kesian tgk video yg anak azmin still ...
pencintaABC replied at 28-6-2017 04:38 PM
Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Tiap kali umrah minta maaf. Lepas balik umrah kali ni harap benar2 berubah.
kukukatablog replied at 28-6-2017 05:33 PM
ntah la, yang nampak balik2 memaki hamun rancangan sampah,
kadang2 ada betternya kita maki sengso ...
ADVERTISEMENT